Saturday, January 11, 2014

Kisah Naz dan Khaalish by Hanina Abdullah

Kisah Naz dan KhaalishKisah Naz dan Khaalish by Hanina Abdullah
My rating: 4 of 5 stars

Novel "Kisah Naz dan Khaalish" is novel kedua penulis Hanina Abdullah. Terdapat banyak persamaan di antara novel pertama dan keduanya ne. However, unlike novel "Projek Memikat Suami", this novel didn't leave me fully-satisfied. I've started reading this novel early December last year, I think but baru recently I khatam. My reading terganggu at the beginning... maybe sebab I rasa annoyed dengan aksi kejar mengejar diantara kedua2 watak utama. Maybe juga, sebab I rasa annoyed disebabkan persamaan character watak utama perempuan dengan Nawwal Husna (from novel penulis yang pertama)... bukan tak suka dengan character2 ne. I just thought how sama those two characters are. So many terms yang mengingatkan I kepada Una (for example, kutu rayau) and these thoughts menyebabkan I rasa terganggu membaca novel ne. Maybe juga sebab I rasa terganggu dengan nama watak2 sebab Naz ne macam nama lelaki. Khaalish pulak, I always bayangkan watak perempuan sebab I have a friend bernama Khaalisha... huhu. Also, the ending is somewhat ambiguous. Will get back to that...

Kisah Naz dan Khaalish tells a story about a guy who met a girl and falls at first sight. Unbeknownst to the guy, perempuan tu sebenarnya adalah tunangan olok-oloknya. Dijadikan cerita pendek -- the guy likes a girl, mother tak suka, mother carikan jodoh "olok2", ditunangkan, girlfriend hilang, tunang dah jadi tapi got busted, the tunang olok2 lari meninggalkan Malaysia, tunang jumpa tunang, tunang jatuh cinta, tunang resist, in love, kahwin, girlfriend lama muncul semula, marriage got conflict, kebenaran terbongkar, happily ever after...

I suka dengan plot cerita novel ne. Somewhat typical tapi unusual jugak at the same time. Terdapat unsur kahwin terpaksa, tapi not really la sebab memang kedua2 belah pihak tu green light. Setelah lama berusaha untuk memikat Nazrahani Idora (Naz), Zaim Khaalish (Khaalish) akhirnya berjaya juga mengikat Naz dengan ikatan perkahwinan yang diadakan secara tergesa2.

I like penulis' view on marriage. It's not a game; once dah bergelar isteri, watak perempuannya tahu dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

I suka pada watak Zaim Khaalish. Pada mulanya, I really thought that penulis is being nonsense sebab seorang playboy boleh terjatuh hati dengan hanya sekali pandang. Jatuh dia tu, bukan main parah lagi. However, towards the end, I can see why. A very nice twist about the past story with the ex. Selalunya, lelaki ne pasrah je kalau kena attack oleh pejabat agama. However, Zaim Khaalish felt different about this. I can see juga that when he loves a girl, dia memang sayang habis, tapi ada juga batasannya. Very smart kind of guy.

I also like watak perempuannya, Naz. Pada mulanya, I tak berapa suka sebab dia berhati batu tu LAMA sangat. I understand dia sakit dengan apa yang menimpanya, tapi I don't like dia menafikan perasaan dia towards Khaalish. However, dekat2 before hari perkahwinan mereka, I dah mula suka dengan Naz sebab at last dia menyerah kalah dengan perasaan dia. I like that very much.

Another watak2 yang I sangat suka -- parents Khaalish, Tan Sri Kamaruzzaman dan Puan Sri Frieda. Puan Sri Frieda mempunyai perwatakan seperti Nyonya Mansoor... Tapi a much kinder one la, probably sebab Naz has said something right to her sebab tu "nampak" Naz tu menantu yang sesuai. Puan Sri ne seorang yang sangat tegas, tapi very protective towards those yang dia sayang. However, dia macam tak kisah sangat sampaikan dia "tak sedar" yang perbuatannya telah menyebabkan seorang perempuan jatuh... I like the scene semasa dia "attack" abang ipar Naz, then I like that she gave her lectures kepada Naz yang mana semuanya adalah ajaran yang betul. Di sebalik ketegasan Puan Sri Frieda, I like that Tan Sri can make her look somewhat "manja" seperti nama timangan si suami untuk si Nyonya Mansoor. Seriously like this character. :)

About the ending... I rasa the ending tu ada tak menceritakan apa yang terjadi pada si ex. Cerita tentang kakak si Naz pun ter"cut" begitu saja. I guess, when Khaalish said, "tak baik masuk campur hal rumah tangga orang"... penulis meant for us not to "masuk campur" jugak kot. Cerita si kakak boleh dijadikan another novel *hint hint to penulis* kot. lol

Sebuan novel yang I recommend! Must read!

Sinopsis:

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

“Technically? Technically?!”

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”

Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews