Showing posts with label Marissa. Show all posts
Showing posts with label Marissa. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Yang Manis by Marissa

Yang ManisYang Manis by Marissa
My rating: 4 of 5 stars

Yang Manis merupakan recent novel from penulis Marissa. Sebelum ne, I ada baca novel-novelnya yang terdahulu; "Teduhan Kasih" yang mendapat rating yang positive from I and yang I baca sebelum novel ne, "Bila Hati Kata Sayang" mendapat rating paling low that I can give. I guess, now I'm back on the positive side of this author.

Yang Manis menceritakan kisah kehidupan Imaniah Sofea (Iman) yang berusaha mendapatkan perhatian dan cinta seorang lelaki kampung, Raees. Satu accident menemukan kedua-dua insan ne... and I guess this is a story of cinta pandang pertama, sebab, feelings tu timbul sejak pertemuan tu lagi.

Unlike Marissa's previous novels, this time, penulis menggunakan kata ganti nama diri ketiga, which earned my interest from the start. I memang boleh menerima gaya penulisan in first person, tapi I lebih prefer membaca from third person. Banyak babak yang boleh ditambah from this sebab penceritaan bukan kena limit kearah 1 direction aje. I like! However, Marissa tend to repeat the characters name. Kadang-kadang, sampai ada 3 kali nama yang sama digunakan dalam 1 perenggan. Kinda annoying...

When I read Marissa's novel, I tend to feel so satisfied sebab selalunya percubaan watak-watak antagonis untuk menghasut tu selalu tidak berjaya. Unlike the previous novels, I suka how each characters yang dihasut tu menangani that situation. No violence was shown, cuma kepedasan dalam sindiran or percakapan. Very satisfied with this.

I sangat suka pada watak Raees. Dia ne seorang anak mak and suka jokes around.

Iman merupakan seorang yang blunt and lurus. Kelurusan dia tu yang selalu buat I ketawa.

Watak-watak antagonis ne semua jenis keras kepala, ego ditahap Nauzubillah. Setiap balas cakap yang diterima pun macam tak masuk langsung kat kepala. Very, very annoying.

Humairah -- I tak tau nak cakap apa. However, this type of character memang ada wujud... Sorry to say, but memang ada. I rasa nak lempang je. huhu

Plot cerita yang sangat menarik tetapi for me, terlalu fast pace. Selalu, penulis suka membuat suspense dihujung cerita. However, if baca this novel, you tak perlu tunggu lama untuk mengetahui jawapan bagi soalan yang crept into mind. I don't know if this is a good or bad thing. Marissa tends to make me confuse... hmm...

All in all, not a bad story.


Sinopsis:

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?


View all my reviews

Thursday, June 6, 2013

Bila Hati Kata Sayang by Marissa

Bila Hati Kata SayangBila Hati Kata Sayang by Marissa
My rating: 1 of 5 stars

Bila Hati Kata Sayang -- buah tangan Marissa yang pertama. Since I read Teduhan Kasih terlebih dahulu, I dah expect something yang I tak suka in the first novel... and I was right.

Novel ini mengisahkan cerita cinta di antara Atiqah dan Syed Adriz. Di awal cerita, Atiqah dipaksa untuk menerima pinangan orang and dia pun setuju. Selepas tu dia kenal dengan seorang Encik yang seemed to like her.

Sebenarnya plot cerita ini adalah sangat menarik, tetapi cara penulisannya yang membuatkan I annoyed sangat... and the chracters did not make it any better.

There are so many perkataan yang I tak suka ada semasa I membaca, unless ianya ada di dalam dialog. Contohnya perkataan "bodoh" tu. There are so many repetitions dan gaya penulisan Marissa dalam novel ini adalah terlalu sempoi.

Di awal cerita, penulis nampak trying hard untuk membuatkan pembaca tertanya-tanya, tapi I dari awal sudah tau yang tunang dan Encik tu adalah orang yang sama. Sebelum ada "clue" yang diberikan tu pun I dapat predict. Siapa ibu si Aitqah pun dari awal I dah dapat predict... and the reveal tu very sudden, in my way of thinking. I guess one word yang can describe this novel is "Predictable".

Characters di dalam novel ne... I say they are very unreal. The guy tu seorang yang romantik, straightforward, laser, kasar, jahat and at the same time, baik. I tak tau la macam mana I feel about him. Nak kata character dia tu inconsistent, tak juga. I tak suka dia kasar dengan family dia. Tangan dia cepat sangat nak act, and yang membuatkan I agak terpana when he suruh isteri dia tampar orang yang berkenaan tu. Dia ingat menampar orang ne macam nak uli tepung ke? Dalam masa yang sama, perwatakan negative Syed Adriz tu selalu mendapat sokongan dari I. I jadi keliru... sebab yang dia buat tu something yang kita nak tengok, tetapi in reality, semua tu adalah sesuatu yang terlalu jahat kalau dilakukan. Selalu, watak akan jadi lebih sabar bila dituduh atau dihina... that's not the case in here.

Atiqah pulak, seorang yang terlalu merendah diri, and sikapnya yang satu tu membuatkan dia nampak, I quote from the character, "bodoh".

Seriously, I don't know what I feel towards all the characters in this novel. Nak kata suka, tak... Nak kata tak suka, tak juga...

The ending was a bit ambiguous to me. It was sudden, and kinda cliffy jugak. Entah la... I confuse la with this cerita.

Semasa bagi ratings for this pun I confuse jugak... kejap bagi 1, kejap bagi 2. Tapi last-last, I guess 1 star is enough sebab I pening sangat dengan novel ne. huhu.


Synopsis:

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.


View all my reviews

Thursday, May 30, 2013

Teduhan Kasih by Marissa

Teduhan KasihTeduhan Kasih by Marissa
My rating: 4 of 5 stars

Teduhan Kasih merupakan novel pertama daripada penulis Marissa yang aku baca and I think this is her second book. First impression is very important to capture readers' interest to buy more from the same author. I don't know about her first novel, tapi novel kedua ini memang superb.

Novel ini menceritakan kehidupan yang ditanggung oleh seorang isteri mengandung yang baru kehilangan suami; kehilangan as in diceraikan. Iffa was described as an isteri yang solehah, from what we can see and apparently, that's not what her husband wanted. Di dalam diam, suaminya, Ryzal mempunyai hubungan dengan kawan baik Iffa, Ayu. Disebabkan Ayu tidak rela bermadu, she asked Ryzal to choose... and he chose Ayu. Iffa balik ke rumah ibu tirinya and she ended up being tortured. Adui... terseksa membaca part before baby lahir ne.

Ehsan used to be a womanizer and drinker. Takdir telah menjadikan dia sebagai penyelamat Iffa semasa dia sedang sarat mahu melahirkan anak. Orang-orang di hospital tu pun thought that Ehsan was the father so dia dibawa masuk ke labour room. Creepy...

Kelahiran Adam membawa makna baru dalam hidup Ehsan sampai dia mengelarkan dirinya Papa kepada Adam. He even suggested the baby's name. I suka sangat dengan perwatakan Ehsan and his character development was brilliantly written. Dari seorang yang tak ada moral kepada seorang bapa yang bertanggungjawab, dan kemudiannya menjadi suami yang pengasih... dan akhirnya sedar daripada kealpaanya sebelum mengenali Iffa.

One thing that I tak suka sangat... the part di mana Iffa membiarkan orang sekililingnya menyangka Adam adalah anak hasil perhubungan sulitnya dengan Ehsan. Hmm... Tau la dia nak menyakitkan hati orang yang berkenaan tapi cara ini, bagi I, menjatuhkan maruahnya and I don't like that. The truth was hidden far longer than it should be.

I'm really unsure how I feel about Iffa's character. I like her as a wife, tapi I tak suka at the beginning tu dia macam tak ada maruah. Merayu-rayu even setelah dimaki. Stress I baca that part. Selepas bersama Ehsan, she's becoming more likable.

Seperti yang saya baca dalam review sebelum ini, memang this novel isn't suitable for underage readers and even some yang dah cukup umur are not comfortable with the image the author dah lakar. For me, I'm not really bothered by this sebab novel Inggeris banyak yang menceritakan lebih detail... tapi bila membaca novel Melayu ne, feelnya lain and weird. Some things are acceptable, but some are not, seperti part strip dancing tu. I think this is the first Malay novel yang ada babak-babak daring dari husband and wife... well -- at least the one that I have read la.

Dan lagi... seperti yang sudah kena mentioned, terdapat satu kesilapan di dalam novel ne. Memang ketara sangat... In one of the chapters, Ehsan bantu Iffa untuk melakukan solat and in the same chapter yang I think lewat beberapa minit selepas tu, Iffa cakap dia bendera merah... Contradicting.

I have satu kemusykilan... Selepas Iffa, Adam and Ehsan balik dari Kuching, Ehsan planned nak bawa mereka overseas and mentioned something like everything dah settle, tinggal nak uruskan passport Iffa and Adam. Kalau baru nak buat, macam mana Iffa and Adam can naik flight ke Kuching? I don't know if Malaysia ada dua passports (for within Malaysia or for international use) or maybe you don't need a passport untuk naik flight within Malaysia. Confuse I...

Lagi satu kemusykilan... Dari apa yang Iffa cakap, macam tak ada apa-apa bad dalam perkahwinan diorang recently tapi selepas she was divorced, banyak flashback Iffa showed kenangan buruk bersama si bekas suami. Apa yang bahagianya kalau dia kena treat buruk macam tu. Belit-belit...

The thing that I like and enjoy the most about this novel is when the attempts si Ayu nak buat untuk sakitkan hati Iffa tu selalu gagal. It's fun and amusing. Selalunya watak baik ne senang je dimanipulate oleh watak antagonis, tapi here that is not the case.

Watak-watak antagonis dalam novel ne, nauzubillah, ramai! Semua mendapat pembalasan, tetapi tak semua sedar dengan kesilapan diorang and still stay jahat... very unusual, really...

Style penulisan, for me, ditahap average. Kadang-kadang I have goosebumps membaca certain part sebab for me seperti sedikit kebudak-budakan and banyak repitition. Despite that, it's still readable.

Highly recommended. Plot wise, amazing.

P/S: Drama novel ne dah ada! Adi Putra as Papa Ehsan. :D


Sinopsis:

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews