Showing posts with label Suri Ryana. Show all posts
Showing posts with label Suri Ryana. Show all posts

Friday, May 17, 2013

M.A.I.D by Suri Ryana

M.A.I.D.M.A.I.D. by Suri Ryana
My rating: 5 of 5 stars

Novel ini memang sudah lama duduk dalam my bookshelf; novel yang dihadiahkan kepadaku sempena anniversary aku dengan si dia yang ke 7 tahun. Nasib he gave me this novel sebab it stays on my top 10 often read list.

M.A.I.D merupakan novel pertama Suri Ryana. Percubaan pertama yang cukup hebat. Ia menceritakan tentang kehidupan seorang penggangur yang mendapat kerja baru sebagai pembantu rumah kepada seorang anak Tan Sri yang sangat cerewet.

I remember when I first read this novel, my first expression after SR memperkenalkan watak utama lelaki ialah she must be an avid fan of Korean Drama. Perwatakan dan fizikal watak lelaki similar of those typical Korean hero; handsome, cerewet, pemarah and merungsingkan. Watak heroine pulak seorang yang clumsy, penakut, tak tau memasak and macam-macam lagi, tapi then halfway, somebody mentioned that she looks like Fazura. Lawa tu...

I can say that this story is cliche tapi I do love reading this sort of story; isu yang diketengahkan is not to heavy, dan cara penulisan Suri Ryana kena dengan jiwa I. When I mention a story being streotype, I don't mean it as a bad thing. Menulis typical story, tak semestinya novel itu boring... cuma tema yang dibawakan adalah yang sering ada dalam novel-novel sekarang; it really depends on the author's delivery to make it interesting. I, for one thing, is an avid fan of streotype novels.

Pada mulanya, Noorul seperti a person yang tak tau berbahasa Inggeris... tapi setelah kahwin dengan Mr. F, dia macam seorang yang fasih berbahasa Inggeris. Semasa first time I baca this novel, I did think watak Noorul ne tak consistent. I did not care about this when I re-read this novel lagi tapi semasa I read lagi yesterday, I tried to read every dialogue si Noorul and I found most English words yang dia pakai are those yang simple aje... and if I'm looking past the inconsistency, I say that she might pick up few words or phrase from the dictionary she bought semasa dia nak tau makna satu perkataan yang Mr. F said to her (tak ingat...).

I love the story between Harris and Noorul, and I love that the author also develop the relationship/story between Iman and Haikal. Also, part yang I paling suka ialah persahabatan di antara Noorul dan Iman.

I also like the end part with little Mr. F and Miss T. Rasa-rasanya, Suri Ryana could develop another story from this... hehehe.

Despite being a streotype novel, I still think this is one of the best Malay novel I've read. Highly recommended!

Sinopsis:

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berrhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip' ?


View all my reviews

Thursday, May 9, 2013

Playboy itu Suami Aku?! by Suri Ryana

Playboy Itu Suami Aku?!Playboy Itu Suami Aku?! by Suri Ryana
My rating: 5 of 5 stars

Novel Playboy Itu Suami Aku?! (PISA) merupakan karya ketiga hasil tulisan Suri Ryana yang aku dah baca, selepas M.A.I.D dan Isteri Separuh Masa. Kedua-dua novel SR merupakan dua daripada novel-novel favourite I and are actually in my often read list. Ternyata karya beliau sekali lagi captured my heart. Plot dan characters dalam novel-novel SR sering menepati citarasa pembaca seperti aku yang memang not a fan of heavy conflicts and love triangle.

PISA menceritakan tentang perkahwinan yang I can still consider "paksaan"; tema yang memang menjadi favourite pembaca Melayu. Biasalah... Kalau dah namanya novel CINTA yang ditulis oleh orang ISLAM dan dipasarkan di kalangan masyarakat ISLAM, perlu ada ikatan yang sah di antara hero dan heroine cerita kalau nak adakan babak romantik. SR's novels semuanya bertemakan "Kawin Paksa" tetapi kesemua perkahwinan mempunyai penyebab yang berlainan.

Perjalanan cerita yang unique and brilliant apabila SR membawa pembaca melompat ke 5 years later, selepas peristiwa dipaksa kahwin. Mula-mula memang blur sikit sebab tiba-tiba saja Afina baru sedar dari koma yang meragut separuh dari ingatannya. Apparently, the heroine fallen in love with the same person twice! I like!

Watak lelaki dalam PISA mempunyai characterization yang kurang lebih sama dengan kedua-dua heroes novel SR yang sebelumnya -- romantik, manja, macho dan yang paling I like -- setia. Adrian, pada mulanya memang menyakitkan hati... tapi I know SR won't disappoint me when I reach the part where he sudah jatuh cinta and I was right.

Style penulisan yang sangat cemerlang and very professional. Sememangnya menulis menggunakan teknik first person ne memang hard for me to accept sebab ia menceritakan dari sudut pandangan si "AKU". Very limited, if you ask me... and kadang-kadang, ada penulis yang suka overuse inner thoughts watak utama dalam penceritaan yang sering menggunakan perkataan seperti "Ceh", "Cewah", "Errr...", "Hummmm...", etc. Kalau di luar quotation mark, I memang anti sikit nak terima perkataan-perkataan macam tu. When reading SR novel, jarang sekali this thing happen. :)

Mengenai penggunaan bahasa Inggeris -- I really think it was superb. I don't see any wrong tenses... but most sentences are way too formal for speeches. SR should use abbreviation for most quotes I found too formal to be used in a speech, especially when the people talking are in a chaotic situation. Semasa we talk to someone, jarang we say "I am"... we use abbreviation "I'm" instead. Like when Puan Sri said, "I am fully satisfied..." tu... Macam too formal. Not really a big deal but still, thing like this did make me shake my head while reading.

I really love this novel. The only problem (above is not really a problem) that I have to complain is the ending. It's way too short and sudden. Feels like an implicit ending walaupun it's a happy result. Despite the ending, I really would recommend this novel because it won't make you stress much. :P

Sinopsis:

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews