Sunday, January 19, 2014

Pabila Romeo Vs Juliet by E-Man Sufi

Pabila Romeo Vs JulietPabila Romeo Vs Juliet by E-Man Sufi
My rating: 5 of 5 stars

"Pabila Romeo vs Juliet" merupakan novel ke-empat E-Man Sufi. Novel yang membawa kita semula ke dunia penulis yang dicipta dan dikenalkan pada tahun 2011 -- dunia di mana hidupnya watak Uwais, Hannah, Wafeen, Rayyan, Mastura dan Jebat. Timelinenya, however, turned back before "Suami yang Ku Benci".

Pabila Romeo vs Juliet menceritakan kisah cinta satu pasangan yang telah ditunangkan oleh keluarga mereka. Peneraju utamanya, Ayyad Zahari is a close friend of Uwais and Rayyan dari zaman sekolah lagi and he is, apparently, Uwais' best man semasa dia kahwin. Parents dia dah carikan dia jodoh semasa dia masih kecil lagi... jodohnya merupakan anak kepada pengetua sekolahnya, Awatif Sulaiman.

Jalan cerita yang not too complicated. Flow cerita tu very smooth and I don't feel sampai nak cekik sesiapa. Kalau ada pun, maybe si Romeo yang pandai "menipu" tu... I don't particularly enjoy reading the story semasa zaman sekolah, tapi still readable.

Ayyad aka Manja aka Romeo is a player. He knew that he's engaged to Awatif and he knew that Awatif was not aware of that fact. I dah rasa yang dia ne memang ada perasaan towards Awatif when he did all those bad things he did at her. Dia buat semua tu sebab nak perhatian daripada tunangnya tu... and when he found that Awatif selalu minta tunjuk ajar daripada Uwais, he became jealous. Very obvious. Out of all of E-man Sufi's male characters, I like him the least la, but still likable especially the part dia sayangkan kucing tu and part dia hormatkan orang-orang tua, walaupun some of them dia treated macam tu bersebab. I particularly like his interaction with Mak Cik Sari.

Awatif is bacially the female version of Uwais, tapi less cheeky la. Sangat sesuai dengan profession dia sebagai Kaunselor sebab dia tau macam mana nak dapatkan/menyampaikan sesuatu dengan cara yang paling halus sekali. I like the parts semasa dia marahkan Ayyad, dia akan baca majalah dan menggunakan artikel/iklan yang ada untuk menegur suaminya dengan cara sindiran. I also like how she deals with Laila... The negative thing about Awatif is the fact that she hates cats. I tak suka dia benci sampai melampau macam tu... I know someone yang fobia dengan cats and I seriously don't like that. I understand, but I still don't like it...

Suka sangat dengan kehadiran watak-watak dari previous novels E-man Sufi. Heard that ini pengakhir siri Suami yang Ku Benci ne, tapi kalau penulis still want to continue dengan watak-watak yang lain, I rasa akan diterima dengan baik. I memang tak boleh terima novel sambungan yang menceritakan kisah pasangan yang sama from the existing novel (like Ombak Rindu/Adam & Hawa), tapi novel yang berkait2 seperti ini memang favourite I... I suka "lihat" kehidupan pasangan from novel yang dah ada ne selepas dah happy2, tapi kalau nak mengikutkan semula drama mereka, sorry... tak interested. I prefer to see new couple, new conflict, old couple, side characters...

Mak Cik Sari is the best! Dah banyak bahasa omputih yang dia kutip eh?

Dari segi penulisan, I think I dah selesa dengan E-Man Sufi's writing. So I tak ada rasa anything wrong. Ada la some parts tu ada English error sikit and macam ada ayat songsang... Nevertheless, superb in my eyes.

A very much recommended novel :)

Sinopsis:

Sinopsis:

Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - Khadijah, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – Awatif

“Abang Ayyad kaulah.” – Khadijah, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -Awatif

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?


View all my reviews

2 comments:

Happy Mind said...

oh~begini rupanya story ne. belum ada mood nak baca lagi :)) will do. but on top of all, mak cik sari the BEST! lebih2 lagi dah ada drama BKATC tu. Lagilah sy minat kat novel eman sufi. BKATC my fav. auranya dark hero gitu~~and maybe Ayyad too! hihi.

KrazyKikiKiAriHMS said...

Tu la.. I selalu terbayang2 pelakon2 BKATC ne semasa watak2 mereka ada dalam novel ne. Sangat suka dengan pelakon yang memainkan watak Uwais. Tu sangat sesuai!

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews