Showing posts with label Evelyn Rose. Show all posts
Showing posts with label Evelyn Rose. Show all posts

Friday, September 20, 2019

Suamiku Si Mata Biru by Evelyn Rose

Suamiku Si Mata BiruSuamiku Si Mata Biru by Evelyn Rose
My rating: 1 of 5 stars

First of all, I apologize if apa yang I review ne tak dipersetujui from other readers and the author. I was really frustrated the whole time I baca novel ne.

From start to finish, I found that I tak setuju dengan MOST of the main character's thoughts and actions... especially berkenaan dengan kahwin Misyar ne. Kadang-kadang I rasa, apa yang difikirkan oleh watak, tak sync dengan perbuatan dia.

I don't really know apa hukum nikah misyar yang sebenar-benarnya sebab I read in a book by an Indonesian scholar that perkahwinan ini tidak boleh dilakukan... though I'm not really sure sebab kat Indonesia banyak mazhab... but I do know that all four maddhab memang sebulat suara mengatakan kewajipan seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Dengan cara pernikahan misyar ne, banyak kewajipan seorang suami telah digugurkan, especially nafkah dan keperluan isteri... I don't feel the institution of marriage in this type of marriage... Nikah ne like bertujuan untuk satu benda sahaja which is hubungan batin. Their first night tu made me sangat-sangat terganggu. Seems like Irina dah naik miang sebab tu dia nak kahwin.

Also, I hate that Irina tak hebahkan the fact that she got married sebab perbuatan dia tu mengundang fitnah dari community dia kat sana tu. Seriously... the novel ne tak mengambarkan keistimewaan suatu pernikahkan other than menghalalkan yang haram tu je kot.

I don't know pengajaran apa yang ada dalam novel ne sebab for me, instead of the hubby terikut cara-cara dan jatuh cinta dengan Islam, I rasa Irina pulak yang terikut-ikut jadi Western. Pendirian Irina pun macam dah terbasuh dek pemikiran suami yang "brilliant" dan banyak pengalaman hidup tu. For me, most of Irina's action lebih hasil dari turut perasaan gersang dengan suami omputih dia tu.

and I'm so against liberalism in Islam and from the way I see it, the main character is just that.

Ending tergantung... entah hape-hape.

Such a disappointment for me considering how much I LOVE her first two novels.

I'm not recommending this book to those yang fikir banyak macam I... For those yang baca untuk baca babak manis-manis, I guess ok la...

Sinopsis:

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?


View all my reviews

Friday, September 13, 2013

13 Jam A380 by Evelyn Rose

13 Jam A38013 Jam A380 by Evelyn Rose
My rating: 5 of 5 stars

Fair warning: I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert!


Wow! Finally, habis juga this novel. I don’t know why so hard I nak habiskan this novel. Selalu novel macam ne boleh siap in 2 days... For one thing, kerja I macam bertambah time-time ne juga, which led me to abandon this novel on my work desk and then, being a forgetful person that I am, I selalu tertinggal novel ne at office and ended up memendam rasa nak baca. Though... I think, main reason kenapa lambat nak habis tu more due to the fact that I tried to absorb every words yang ada dalam naskah ini and sometimes, I read certain scenes berulang kali sebelum meneruskan bacaan.

13JamA380 merupakan novel kedua Evelyn Rose, penulis yang sekarang ne berada on top of my favourite author list... well, Malay novel author list, to be exact.

Seperti novel sebelumnya, The Wedding Breaker, Evelyn Rose masih mengekalkan konsep dakwah dalam penulisan novel keduanya ne. Unlike most writers, Evelyn Rose writes bukan semata-mata hendak bercerita tentang cinta... she also tries to sampaikan ilmu di samping menceritakan kisah cinta yang somewhat triangle ne (I really hate cinta tiga segi).

Kisahnya bermula apabila takdir telah menemukan Hana Sofea dengan insan-insan yang akan menjadi watak-watak utama dalam kehidupannya di dalam perjalanannya ke UK.

Kesilapan system pembelian tiket telah menyebabkan Hana dengan seorang nenek (yang menaiki penerbangan tersebut dengan cucu lelakinya) berkongsi tiket yang sama dan disebabkan kesilapan teknikal tersebut, Hana telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah menjadi igauannya selama ini, Syed Haydar. They created a beautiful memory di awan biru... berlagak seperti pasangan kekasih (or maybe wedded couple to be precise) – bersentuhan dan berpelukan tanpa batas...

“Hana, thank you for last night... but I can't have cocaine all the time.” – Kenyataan daripada Haydar ini seolah-olah satu tamparan buat Hana. I rasa this is the main reason kenapa Hana rasa benci pada Haydar... and yeah, the fact that she saw Haydar with his girlfriend shortly after they landed. Cocaine is not a good thing for our brain, heart and probably emotions... and being compared to this powerful drug isn’t something to be proud of.

Nenek yang ditemui dalam penerbangan tadi mengajak Hana untuk singgah ke rumahnya... dan setelah dipujuk oleh cucunya, Firdaus a.k.a Fido, akhirnya she consented. That is when she first met Fawwaz Hussaini. Perasaan sayang yang timbul terhadap anak angkat Fawwaz, Emmel, menyebabkan Hana mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama mereka.

Kalau I nak summarize all, my post memang akan menjadi panjang sangat. Lagipun, tak payah nak cerita... you kena beli this novel la. Lagi better baca novel daripada baca summary pembaca tak bertauliah seperti I.

I rasa Evelyn Rose really is a brilliant author. I suka how unique her story telling is. Penceritaannya bukan seperti yang pernah kita (or maybe just me) baca sebelum ini. Seperti yang I mentioned, I hate tema cinta tiga segi ne... However, dalam novel ini, triangle cinta ne tak beberapa tajam sehingga menyakitkan hati. I paling anti bila I saw two nama lelaki bila baca synopsis cerita... or two nama perempuan. Tapi sebab I berpuas hati sangat dengan Evelyn Rose’s first novel, I kuatkan hati la baca...

Fawwaz Hussaini mempunyai masa lampau yang menyakitkan dirinya tetapi being a true Muslim, he tried not to blame himself di atas takdir yang menimpa keluarganya and has moved on with his life, taking care of his brother yang pada mulanya menyalahkan abangnya di atas kematian parents mereka. Fawwaz ne seorang yang sangat baik tingkah lakunya dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam... sampaikan nak drive pun tadah tangan meminta dilindungi sepanjang perjalanan. Dari segi pakaian pun I imagine him being very neat all the time. He seems like a perfect man; tapi towards the end of the novel, I baru perasan yang sebagai seorang manusia, memang akan ada kecacatan... Sejak mengenali Hana, he was being ignorant pada sign-sign yang ALLAH tunjukkan kepadanya sebab terlalu mengikut kata hatinya. I tak terperasan clues tu sampailah penulis mentioned of this fact melalui Fawwaz’s dialogues. I guess, Hana is like a cocain to him juga... LOL

Syed Haydar pula... I really don’t know about his character. Syed Haydar first appear pun when he decided to cipta memori dengan seorang wanita yang dia baru saja kenal, and the girl first acted macam dia tak kenal dengan dirinya yang merupakan seorang jutawan muda. Perwatakannya semasa dalam kapal terbang tu seolah-olah seperti seorang banduan yang baru dilepaskan dari penjara... macam kanak-kanak yang baru berpeluang bermain salji... totally carefree and somewhat mischevious. Selepas kahwin, Haydar seemed to be a totally different person. He seemed to be the kind yang tidak tinggal solat and somewhat practice the Muslim ethics , tapi a lot loose la, like typical Muslim yang ignorant of certain hukum. Confusing la perwatakan si Haydar ne... tapi I really like his character.

Novel ini ditulis dari sudut pandang Hana Sofea, so naturally, every thoughts from Hana memang we tau. Hana started of being a normal 25 years old mahasiswi yang baru nak take PhD, seorang anak yang taat dengan parents dia and she’s very close with her sister. Hana is the type of perempuan Islam yang ignorant of some hukum dan etika Islam. From the scene of her with Emmel di mana Emmel tried to dress like her, I tau dia ne tak terlalu menjaga cara pakaiannya. Pengenalannya dengan keluarga Fawwaz telah banyak mengajar dia untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Sepanjang tempoh Hana balik ke Malaysia sampai dia bertemu semula dengan Haydar di dalam flight ke India, I memang menyampah dengan watak Hana. Unlike Ariana Rose, Hana lupa pada takdir dan dia ignore semua petanda yang ALLAH bagi bahawa Haydar is the one for him. Tetapi, this reaction memang typical for those yang kena paksa kahwin. You can see this typical behavior in most novel yang bertemakan kahwin paksa. I like her lagi selepas dia dah minta maaf to her husband.

Sepanjang pembacaan, I don’t know why I hope for Hana to meet Haydar lagi sedangkan Fawwaz merupakan jejaka idaman setiap perempuan. Mungkin I rasa Fawwaz tu terlalu perfect untuk Hana, atau I rasa Haydar belum menampakkan dirinya yang sebenar ketika perjumpaan 13 jamnya dengan Hana. I think he’s better than that... I guess harapan I tu yang made me so stubborn untuk tidak melihat Fawwaz sebagai “the one” for Hana. Also, I rasa apa yang Hana rasa towards Fawwaz is simply infatuation; she was fascinated with his character. And... I also notice that nama Hana dan Haydar starts with “H”... mana tau penulis ne memang ada habit macam I, menyamakan huruf pertama nama kedua-dua watak utama. After all, in The Wedding Breaker, kedua-dua watak have the same initial... and apparently, kesemua anak-anak mereka pun juga.

I’m seriously happy dengan conclusion yang Evelyn Rose berikan. Fawwaz bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memang sesuai untuknya. Semasa Ariana Rose memberitahu Hana about Fawwaz’s wedding to Almas Iman, kita diberi gambaran isteri baru Fawwaz. Totally setuju dengan takdir yang penulis karang for Fawwaz! I feel the goosebumps semasa Fawwaz pegang pinggang isterinya semasa melawat Hana yang baru melahirkan anak. I rasa nak beg Evelyn Rose for a story of Fawwaz Hussain and Almas Iman. (Lepas ne I jadi stalker Evelyn Rose la and see if ada their story. LOL)

Watak-watak daripada novel Evelyn Rose sebelum ini kembali sebagai watak sampingan –Tengku Adam Kamil, Datin Ariana Rose, Linda, Samuel dan ramai lagi are back!! I love this kind of series (I really don’t know what to call these connected books... this type of series sering ada pada novel-novel Inggeris)... Novel yang menceritakan watak-watak baru, dan di samping itu penulis melihatkan kehidupan watak-watak dari novel sebelumnya – Kehidupan peneraju utama setelah bahagia dihujung cerita sebelumnya. I really prefer penulis showed us what happen to Tengku Adam and Ariana Rose this way, rather that writing a new novel yang pastinya akan membawa conflict baru dalam keluarga mereka. Conflict baru ne akan mencacatkan happy ending yang we read before. Perhaps, I’m emotionally attached to all my favourite characters... I dunno. Tapi I really benci going through another novel with the same characters... unless, conflict yang dibawakan adalah sesuatu yang ringan and unless, novelnya is a comedy.

Terubat rindu pada Tengku Adam dan Ariana Rose. Jiwa rasa very happy when I see my favourite couple tu masih loving-loving macam tu and Ariana acted very much macam isteri yang solehah.

From the way I read, timeline novel ne started somewhere in between that 7 years yang missing dalam TWB. Dalam masa tu, Tengku Adam and Ariana Rose dah banyak kali fly ke UK, and dalam masa tu Samuel masuk Islam, and dalam masa tu juga Samuel and Linda dalam proses nak bersatu.

Sebelum terlupa, I love how penulis made the connection between Hana, Emmel, Helena and Kak Hazra. Very, very unexpected... and brilliant.

Serious I like these connected novels. I feel very connected to all the characters. Next, nak cerita Fido lagi, can?

I rasa scene yang paling I suka dalam novel ini ialah scene di mana Fawwaz, Fido, Hana, Emmel, Tengku Adam, Ariana Rose, Samuel and Linda datang menghadiri kuliah tentang Cinta. Samuel became the one yang active bertanya itu dan ini and he was very tekun sepanjang perbincangan tersebut. I menangis when Samuel mengucapkan dua kalimah syahadah... diikuti dengan his determine speech selepas tu. Fawwaz dan Fido yang pada mulanya benci pada Samuel ended up hugging him. The scene really made me cry... and I think I read this scene banyak kali. Very powerful scene indeed!

Style penulisan dan gaya bahasa yang superb! Although, sangat confusing sebab some dialogues yang ditulis dalam bahasa Melayu tu ada yang merupakan translation bagi apa yang diperkatakan oleh watak yang pada mulanya tak fasih berbahasa Melayu. “Key-nay-pear...” (LOL) Sometimes, I wonder if Fawwaz really speak Malay or still dengan loghat Englishnya yang posh tu (I imagine macam Victoria Beckham)... I heard ada complaints pasal grammar in TWB tapi I tak berapa perasan la kesilapan tu, cuma permulaan tulisannya kurang menarik. I selalunya alert bila ada kesalahan dalam bahasa Inggeris... tapi I tak notice sangat kesilapan pada TWB. In this novel, however, ada beberapa grammar mistakes yang I noticed. I remember a couple of sentence in present tense yang salah... something macam "I reads..." and "He think...". The novel takde with me so, can't remember the exact word. Tapi memang I notice kesilapan grammar this time. But... no biggie...

Untuk novel kedua ini, Evelyn Rose menulis dengan menggunakan ganti nama diri pertama, semuanya diceritakan dari satu sudut pandang. Though, I perasan yang bab terakhir tu, point of viewnya bertukar kepada third person. I hairan kenapa ada nama “Hana” diluar dialogue. Nevertheless, well done!

Banyak pengajaran yang ada dalam this novel. Penulis juga banyak mentioned tentang saudara kita yang ditimpa kesusahan di luar sana dan ini sekaligus mengingatkan kita untuk bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang.

I rasa I should stop now... walaupun masih banyak yang I nak luahkan. This is probably the longest I have typed so far. Hmmm... I guess, it’s transparent that I love this novel.

All in all, this novel is going to be in my favourite novel list.

A very highly recommended novel!


Sinopsis:

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


View all my reviews

Wednesday, September 4, 2013

The Wedding Breaker by Evelyn Rose

The Wedding BreakerThe Wedding Breaker by Evelyn Rose
My rating: 5 of 5 stars

Finally, I’m done with this novel. First of all, masih belum terlambat for me to say this... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to all warga goodreads yang beragama Islam (also for those yang membaca blog I yang probably takde pengunjung). It has been a month or two since the last time I read a Malay novel. Semasa bulan puasa, kepala I macam tak boleh nak focus membaca, and the fact that the book I tried to finish wouldn’t get past chapter one (sebab penulisan yang... not too good. Sesiapa yang focus on my current reading update probably know which book I’m talking about)... then I sibuk beraya setelah berpuasa sebulan and now, my reading mood is coming back to me...

Sebenarnya, ramai yang dah recommend this novel to me; from my fellow readers online to the Indonesian lady yang jual novel ne at the local bookstore. This book has been around from November last year, if I’m not mistaken, and as long as that, novel ne sentiasa dipegang dan dibaca sinopsisnya while I shop for novels, and for months I kept putting it back on the shelf sebab 2 perkara.

(1) The title. I prefer novel Melayu menggunakan bahasa Melayu when it comes to the title and the writings. Sometimes, penulis tends to write narrative in Bahasa Inggeris, tapi tu sometimes can be overlook. I cringe sometimes, tapi it’s not something huge to be complained about... and I can fully accept English usage in dialogues. However, title in English ne isn’t really attractive in my eyes for a Malay novel. Maybe the translation of “The Wedding Breaker” in Malay isn’t really eye-catching. Susah sangat ke nak cari title in Malay? I like how E-Man Sufi’s book title turned out: “Hikayat Cinta Si Pematah Hati”... that kind yang very unique and classic. Si pematah hati yang usually menggunakan term “heartbreaker”.

Yah, I know... I write mostly in English sebab I’m not really a writer... I’m a complainer. LOL

(2) The synopsis. I’m not complaining about the whole thing. Just the small excerpt from the novel about one of the character saying that she/he was talking to a lizard. Yang jelas, the excerpt tu adalah satu conversation yang I tak rasa patut dihighlight because it’d only bring blankness in the reader’s mind, like mine... and honestly, the conversation was pretty lame. I read that part and I was like, "Apakannnn?" The conversation made me think twice about buying the novel... Serious, I rasa macam penulis tu cakap nonsense.

It’s true that we shouldn’t judge book by its cover... sebab... selepas I read the novel... I found that I love this novel. I read reviews saying that this novel ada banyak pengajaran and very fairytale-like.

I definitely agree.

“The Wedding Breaker” (plegh!) is the first novel by Evelyn Rose. It tells a story of two high class people, Datuk Tengku Adam Kamil and Ariana Rose.

It started with a wedding scene in which Ariana Rose ruined sebab dia sayang sangat kat kawan dia (and didorong lagi dengan rasa terhutang budi). Start from there, ceritanya menjadi semakin menarik and I’m too malas nak summarize since banyak review at Goodreads dah buat summary. I do have something to say about the novel.

I think penulis pandai menyusun plot dengan sempurna. In terms of plot, I salute penulis. Ianya berjaya dikembangkan dengan satu kebodohan from a girl who tried to save her friend. Kejadian itu menjatuhkan maruah dua keluarga diraja, dan kemudian mencemar kesucian seorang perempuan. Di sebalik plot yang gelap tu, I love that penulis develop another plot yang akan menukar kegelapan tu kepada satu cahaya. Brilliant!

However, I’m not really fond of the last 2 chapters. For one thing, the timeline dah melompat jauh and it happened without being mentioned. When I read bab 61, I was like, “Aiiii??!” Too abrupt and kinda random. Actually, I suka pengisiannya. I cuma tak suka how abrupt the chapters seemed to be... Two chapters tu should be wrapped as an epilogue... Me thinks...

I love the characters’ development, especially of the watak utama lelaki. Tengku Adam Kamil, seorang lelaki yang sudah jauh terpesong dari agama Islam. I love how penulis terapkan reasonings behind his personality bit by bit... I suka perwatakan yang ada pada Tengku Adam. He's very wise beyond his age; the negative part of him pun kena trigger semasa dia masih muda... and without guide yang betul, there's nothing for him to comprehend. Only when his father start to bawa dia into the world of Islam, baru dia dapat memikirkan kebenaran agama Islam... and I suka the fact that the writer can make me fall in love with the same person that I loathe at the beginning. It’s true that, sometimes seseorang yang baru mengenal Islam dengan dalam akan menjadi seorang yang teliti dalam menjalankan syiar Islam.

Ariana, on the other hand, is a so-so muslimah yang mendapat hidayah untuk memperbaiki lagi dirinya yang masih ignorant dengan some Muslim etiquette. I think I like Ariana selepas dia found out that she married Tengku Adam. Instead of melayan ego dia yang typically ada pada sesuatu novel, and instead of giving in to the devil's whispers, dia redha dengan takdirnya; bersuamikan lelaki yang menjadi punca "kegelapan" hidupnya.

These two main characters ne tergolong di dalam kumpulan mereka yang berfikiran jauh and matang... They tend to talk too much about things that isn’t normally talked about, especially in bed, however, I know there are people like them in this world. I just never seen characters like Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.

I like the fairytale-like scenes... like the wedding. It’s not something yang impossible, tapi so over the top. I don’t mind really. For most, the wedding (especially) seems to be dreamlike and I thought so too. However, I like that in a novel... sebab, when I read novel, I’m out of this world. I suka terbang with the story. I think this is one of the reasons people read novels tentang cinta. To make us dream, sigh and fly.

Di samping that fairytale, there are more pengajaran yang diserapkan. Penulis menceritakan perjalanan hidup Ariana yang perit dan ianya mengajar dirinya dan seseorang yang jahil tentang agama untuk berubah kepada Muslim yang sejati. Kekuatan kedua watak utama menerima segala cubaan dan kepayahan membawa kepada kebahagiaan mereka. Penceritaan seperti ini somehow mengingati kita semua bahawa qada' dan qadar setiap manusia tu adalah sesuatu yang sudah tertulis sejak azali dan wajib bagi setiap umat Islam untuk mempercayainya and menyalahkan takdir bermakna, kita tidak percaya kepada salah satu rukun Iman... Ada hikmah bagi setiap kejadian buruk yang menimpa. I love that penulis convey all the useful messages to the readers. Segala excerpts from Kitab ALLAH dan Hadith diselitkan menambahkan lagi keinsafan pada diri ini.

Bila penulis said, “... tiada pembuktian, tiada objektif yang nyata, tiada kajian yang mendalam...”, I really think penulis is being very humble. Kalau takde semua tu, macam mana dia tau exactly how to insert semua pengajaran yang ada, especially those yang datang daripada hadith, unless semua tu kerja editor. I don’t really know anything about the editorial job... From the way she writes, I got the feeling that she gets all her info from her own experience and I reckon she reads a lot of English novels... and probably be an avid fan of television shows. Most info about the lifestyle orang Barat tu are not new to me. I know semua tu sebab I read novels and I watched TV shows, and probably pelajari dari my online friends. Being around the writer’s friends overseas might be the main cause of her knowledge.

Perhaps sebelum ne I didn't notice when a character works with the government sebab jarang sekali I read things about kementerian and its high class people being mentioned. I think this a breath of fresh air.

Novel ini membangkitkan so many issues yang berat disamping yang tak terlalu berat and writer seems to let readers know what she feels about certain things in her writings. It might have been taken from her close acquaintances... I dunno. Tapi I do love the social critics yang ada.

Style penulisan Evelyn Rose is superb. The start tu I think a bit betaburan. Some ayat not making sense in terms of its existence tapi towards the end, I guess the storytelling gets better. Got gooesebumps here and there, but it’s not something yang worth being mentioned or criticized.

This book is a definite 18SX. LOL. Being an open-minded person, I didn’t think this as a bad thing. I don’t know if penulis dah kahwin or not, tapi she definitely read a lot of romance novels. Banyak expressions and feel yang typically ada dalam English novel... things as little as the leg rubbing. I'm not complaining.

Satu percubaan yang, I think, sangat-sangat brilliant. Despite all the complains I had, I decided to give this book a full star sebab I love the book so much. A novel that I will definitely read again... and again... and again. I might actually start reading Evelyn Rose’s blog.

A highly recommended novel -- again for 18 and above. LOL


Sinopsis novel “The Wedding Breaker” (ugh!):

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews