Showing posts with label Siti Rosmizah. Show all posts
Showing posts with label Siti Rosmizah. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah

Takdir Itu Milik AkuTakdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah
My rating: 1 of 5 stars

The third novel by Siti Rosmizah that I read and apparently her 5th work. Her first two novels are amazing. I can't really say the same for Takdir Itu Milik Aku. A bit note to sesiapa yang belum baca: if you trying to release your stress, don't read this book.

I think I can end this book earlier than I did... mainly because aku skip so many parts. I did try to go through every page tetapi I don't read every words seperti selalu. Cara penyampaian dan olahannya tak sampai and very messy.

Firstly, I gotta say, the cover is pretty, but I don't really like the long sentence there... kinda spoiled it. I'm very annoyed with the thickness of the book sebab susah bagi aku untuk membaca part dekat margin sebelah pelekat. At first I thought the margins of each page are very thin tapi when I compared it to another productions, macam sama saja and ada yang lebih thinner lagi. So, I don't know why it's so hard for me to read. Font pilihan could be problem... I dunno. I never had any problem with novel tebal sebelum ne. Maybe it's the productions... Kinda similar like NB's production, a bit better, but still tak kena dengan keselesaan aku.

The bad things don't end there. I was only a little unsatisfied with SR's writing style in "Andai itu Takdirnya" and "Cinta Kau dan Aku" sebab I think ada yang must be omitted sebab I think they're too much info, tapi it's only a wee thing so I think it's not worth mentioning.

Now, the parts need to be omitted tu ada BANYAK dalam novel ne. Dalam setiap page, aku came across sentences which seem to be the author's own inner thoughts, seperti dia sedang bermonolog (not the character, but the author)... sering menggunakan expression "Amboi!", "wah!" -- that sorts. Thoughts ne yang I guess something that the reader might be thinking after reading certain dialogues or scene. Ianya jua sering mengulang semula kejadian yang baru diceritakan, which I (and apparently some other readers) thought menyebabkan novel itu tebal... and it's mainly ANNOYING la.

I also don't like the part when watak utama yang started being an antagonist turns amigo then somehow trying to be an ass lagi then baik lagi. Kata-kata maaf pun sering diulang. It really makes me muak. I notice this always happen in SR's novels.

Aku rasa terseksa sangat membaca first half of the novel (Rasa macam nak stop tapi sayang la... bukan murah novel ne). For me, Zarif and Datin Munirah adalah dua watak yang paling tak berperikemanusiaan, even topped all the antagonists yang pernah I read. Jawapan lurus dari si Dian selalunya akan menimbulkan perasaan halus kepada those yang mendengar, tapi hati si ibu dan anak yang kejam tu seem like batu and very dark... instead of being sympathetic, they said all those nasty things. I think perkataan "bodoh" tu ada pada every page of the first half, if I'm exaggerating. Aku jarang nak kaitkan reality with novel, tapi this time, don't know why I relate these two parts. I don't know how these two manusia can be forgiven.

Huhu. Obviously, I stressed baca novel ne. I took a bit of recess after scene yang I think berat. Seriously not my type of novel.

Despite all that, I'm giving one stars because SR's writing could still make me cry. The dialogues were still very powerful. Tolak monologues and less herdikan, I think I might actually like this novel.

Sinopsis:

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

View all my reviews

Friday, May 10, 2013

Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah

Andai Itu TakdirnyaAndai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah
My rating: 5 of 5 stars

Andai Itu Takdirnya -- Sebuah novel karya Siti Rosmizah yang menjadi favourite RAMAI peminat-peminat novel. I first read this novel few years back, tapi I couldn't remember novel siapa yang I read. Semasa I re-read this novel yesterday, I have a feeling... some sort of deja vu yang I bought this novel before.

Anyways, novel ne memang amazing and brilliantly written. Watak utama lelaki, Syed Aizril -- watak yang PALING ego yang pernah aku baca. Sudah sedar and menyesal sekali, tetapi dalam jangka masa yang short, ulang balik kesilapan yang sama. Menyampah.

Membaca novel ini buat kali kedua (or was it tiga?), I still cried when I read parts yang sedih and mengharukan walaupun I already know the story. Well -- You can see how powerful SR's writing really is.

Cerita bertemakan kahwin paksa yang terjadi di antara lelaki kaya yang berpangkat dan perempuan yang miskin. Tema kahwin paksa... my favorite. Part antara dua darjat tu, I don't really like. I do like the fact that parents yang kaya tu tak lama kejamnya, tapi I don't know if I like the fact that the mother sedar akan kesilapannya selepas accidentally terdengar apa yang dia tak sepatutnya dengar. But not a big deal...

I still prefer Cinta Kau dan Aku though, sebab tu not always focusing on drama macam novel ne... but both are great. Kalau suka nangis-nangis semasa membaca novel, this should be your number 1 choice.

Again, fully recommended. :)


Sinopsis belakang cover:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


View all my reviews

Tuesday, April 16, 2013

Cinta Kau Dan Aku by Siti Rosmizah

Sinopsis daripada kulit belakang novel:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah. 

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius. 

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang." 

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Novel kedua karya Siti Rosmizah. Not so bad, and I think this novel lagi bagus daripada novelnya yang sebelumnya, "Andai Itu Takdirnya". Mungkin sebab novel ne lebih lucu, which is my favorite genre right next to romance. Terlampau banyak drama ne membagi menyampah jua, but when diselitkan babak-babak komedi barulah okay. :D

Farish, Farisya... Brilliant names, tapi at times membuatkan readers confuse. Haha. A very cute couple dan mempunyai characteristic yang somewhat contrast, tetapi when they're together sepadan jua.

This novel has also been adapted into a drama. Fizz Fairus memainkan watak utama lelaki, manakala Sara Ali memainkan watak Farisya. Dua-dua cute! Watak antagonis dilakonkan oleh Dynaz Mokhtar. I don't know why, tapi perempuan ne memang sesuai melakonkan watak-watak yang bagi menyampah. :P

This drama adaptation is probably the exact extraction from the novel. Semuanya sama... almost 100% (Probably 98%) of the dialogue ada dalam novel. If you teliti the novel and watch the drama at the same time, confirm na jauh larinya. Ada certain part yang not really penting tu kana ignore saja but it's really mundane. This is probably the best adaptation so far, walaupun most pelakon-pelakon sampingannya berlakon macam ice. haha.

Rating for the novel: 5/5
Rating for drama: 4.5/5

:D

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews