Showing posts with label Umie Nadzimah. Show all posts
Showing posts with label Umie Nadzimah. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Kerana Terpaksa... Aku Relakan by Umie Nadzimah

Kerana Terpaksa... Aku RelakanKerana Terpaksa... Aku Relakan by Umie Nadzimah
My rating: 4 of 5 stars

Kerana Terpaksa... Aku Relakan merupakan novel ke-dua daripada penulis Umie Nadzimah (UN) yang I baca, and not sure buku penulis yang keberapa. I think yang ke-tiga... I baca novel ne selepas novel pertama beliau, "Pilihan Mama".

Honestly, I prefer novel pertama UN sebab I lebih suka dengan cerita dari sudut pandang watak utama daripada penulis (usually, I don't prefer this). For this second novel, penulis menulis menggunakan sudut pandang orang ketiga, which I think sedikit confusing, especially with all three Tajuls tu. Sometimes, need to re-read to make sure certain scene tu from siapa.

Plot dan jalan cerita yang interesting. Terlalu banyak plot, and like the first novel, terlalu banyak watak yang berkait. Somehow not making any sense, but still work... I feel that the plot about Indah's mom should be developed lebih awal. The timing made it all seemed somehow weird. Semasa Yazid hampir berterus terang tu juga timbul cerita about Indah's mom.

I love that penulis made the main male character quite similar to the main character in "Pilihan Mama"; Tajul Razin seorang lelaki yang hormat dan sayang pada mamanya, and he would do ANYTHING for her. No other women can made his mother come second. Seriously loved that.

I found the three Tajul's way of addressing one another quite... interesting. I would prefer it if they kekalkan panggilan Abang, instead of "bro" yang somehow rude to me. It's like a way to address a friend. I can fully accept they menggunakan I and you, since I know certain family using those to address one another, even from a mother to her anak-anak. I do hate hearing that... tapi kalau diantara siblings, I can fully accept. It's a bit polite than "kau" dan "aku".

Watak yang paling I suka -- Tajul Zahim. Diam-diam berisi... I think he's the mature one in the family, tetapi jenis tak suka masuk campur and jenis tak suka bercakap. Loved his tagline... "Orang seni..." and Indah's reaction to his thoughts was pretty amusing.

I love the transition of Fahin's character. I love in the end, he saw how much his brother had suffer in order to "save" their family... and pasangan dia tu, I dah predict awal lagi. Maybe I read too many novels, so I selalu can guess who end up with who. Tapi... if I failed in my prediction, I tend to hate the book.

I suka dengan watak Safuan. He's the kind yang sangat-sangat loyal and walaupun mempunyai perwatakan lembut, he's a trusted secret-keeper. I suka dia keep everything to himself about his boss... even dengan someone close to him pun dia tak cakap. Really, really love his character. Again... his pasangan... dah expect awal. hehe

Watak-watak antagonis yang menjadi. Really like Indah's action towards them in the end. Every character in this novel was written well. Enough said...

Nothing more to say... semasa baca novel, memang dah banyak nak dikritik, but always lupa after reading the happy ending.

A very much recommended book. I heard there's gonna be a second novel. Novel jenis drama ne, I tend to avoid, so I might not beli the novel. Kalau novel berkait, I would definitely buy... like if ada novel about Tajul Zahim. I would buy it in a heartbeat.

Four stars. Minus one sebab I think ada some part tu felt sooooo long.


Sinopsis:

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


View all my reviews

Friday, January 2, 2015

Pilihan Mama by Umie Nadzimah

Pilihan MamaPilihan Mama by Umie Nadzimah
My rating: 5 of 5 stars

Pilihan Mama merupakan one of novels keluaran penerbitan Kaki Novel ynag terawal I beli. I memang dah baca a long time ago, tetapi ada rasa nak baca lagi and review (semasa I baca the first time, I belum lagi amalkan amalan review ne).

Pilihan Mama menceritakan kisah seorang anak mama yang sangat sayang his mama; segala hajat mama dia senang saja dia penuhi... except for one. He found it hard to find menantu buat mama dia.

Sebagai seorang ibu yang understanding, Puan Mardhiah tried to avoid daripada menjodohkan anaknya. She gave him time untuk mencarikan dia menantu... but that didn't stop her from lecturing him. I found it funny setiap kali si ibu mula "berceramah" bila menuntut permintaan dia nak bermenantu.

Setelah mendengar cerita kurang baik about her son, si ibu mula mendesak Aiman untuk menerima pilihan dia. Akhirnya si anak pun bersetuju, setelah diberi masa... Then, semasa bergelar tunang, datang pula seorang wanita yang somehow dapat perhatian di lelaki yang kuat memilih ne. Dia seakan-akan lupa bahawa dia ne dah ada tunang... pilihan mama tersayang pula...

A very sweet story. I suka dengan gaya penulisan penulis. Susunan ayat teratur, dan I rasa tenang sepanjang pembacaan. Penulis menggunakan first person point of view, and bagi I, so far, the way Umie Nadzimah conveyed watak's thoughts into words was perfect. I rasa seperti benar-benar masuk dalam kepala seorang lelaki. Though, semua pun dari pandangan perempuan, so I'm not sure if it's how a guy thinks. Since watak utama merupakan seorang "anak mama", I guess memang lelaki jenis ne mempunyai hati yang lembut and sensitif. I love the fact penulis avoid from using crude words, yang somehow always happen in first person POV. She only used it semasa Aiman berdialog with his childhood friend, Fazli.

Flow cerita yang sangat smooth... terlalu banyak kebetulan, terlalu ramai watak yang berkait... but somehow it works for me.

A nice re-read.

Sinopsis:

Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!

Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.

Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews