Wednesday, December 18, 2013

Yes, Boss! by Areila Sahimi

Yes, Boss!Yes, Boss! by Areila Sahimi
My rating: 3 of 5 stars

Yes, Boss! -- novel pertama from penulis Areila Sahimi yang I baca (and I think novelnya yang ketiga). Semasa I baca novel ne, I'm actually in the middle of reading 2 other novels. Terasa kuat hati nak baca sebab drama adaptasi novel ne akan start bersiaran in January and pelakonnya Fahrin Ahmad dan Emma Maembong (yang sekarang jadi one of my favorite actress!)

Berkenaan dengan title novel -- walaupun I tak beberapa suka dengan title in English, I think this title is the best one the author can come up with and sangat-sangat relevant sebab dalam novel ne, you will see a lot of "Yes, Boss!"

Pengalaman pertama membaca tulisan Areila Sahimi -- I think penulis bijak menghidupkan suasana dengan penulisannya yang santai, tetapi tetap nampak professional. Penulisan yang terlalu santai selalunya akan buat I meluat. Gaya bahasa memang ditahap cemerlang, in my opinion.

Jalan cerita yang sangat menarik, cuma... I think, towards the end, penulis seemed to be rushing sebab setiap scene yang ditulis tu nampak somewhat abrupt.

I sangat suka pada watak-watak dalam novel ne, particularly Aryana, Mak Ngah & Datin Rokiah. I like their mischievousness nak memadan-madankan Ilham dengan perempuan yang sesuai. I also like the fact that keluarga Ilham menganggap Aryana seperti ahli keluarga mereka, walaupun mereka terlepas pandang untuk memadankan Aryana sendiri untuk dipadankan dengan Ilham.

Really like the interaction between Aryana, Ilham dan Harun. So funny and I really think they have the chemistry as trio.

I lebih suka cerita pasangan berkahwin di awal atau pertengahan cerita, tapi I can really absorb this novel. So I think people might like this. One of my recommend novels... :)


Sinopsis novel:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews