Saturday, January 26, 2019

Dia Anak Jeneral by Hezzy Azra

Dia Anak JeneralDia Anak Jeneral by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Setelah sekian lama, I baru ada masa nak read & review novel... so I'm gonna start with this book.

"Dia Anak Jeneral" (DAJ) is the seventh book by one of my favourite authors, Hezzy Azra and novel ne juga merupakan salah sebuah buku yang suami I hadiahkan as one of his hantaran for me for our wedding in 2015. Got the novel from the author herself with her special message for my wedding. Hehe. For a novel addict like me, tu macam dapat gold tau…

Sebenarnya I dah baca novel ne few years back, shortly after I got married, tapi tak berkesempatan nak review... and I have read it a few times more after that (just shows how much I love it). Buku ne dah nampak sign of wear and tear... hehe... rasanya akan beli another copy, just in case.

Anyways, DAJ menceritakan kisah cinta di antara Nur Syirin (Syirin) dan Zakhif. Percintaan yang ditentang oleh ayah kepada Syirin – ayahnya yang merupakan seorang pegawai tinggi tentera, Leftenan Jeneral Hambali. Manakala Zakhif pulak, seorang anak yatim piatu yang mempunyai perniagaan sendiri.

Dari background mereka dah nampak the fact that penulis masih lagi melahirkan watak-watak yang sangat normal, down to Earth and nampak realistic. You won't see watak-watak orang berada over the top yang selalu ada pada novels these days, bukan jugak watak hero ahli korporat yang disegani, bukan jugak watak hero arrogant, handsome… ala… Korean-typed-hero tu. Haha. I have nothing against all those… I pun enjoyed reading stories with heroes macam tu. Haha. My point is, when reading Hezzy Azra’s stories, watak-watak yang dilahirkan jarang dari group mentioned above… Ada la jugak watak-watak tu, tapi sebagai watak sampingan. Anyways… this time penulis explores watak seorang lelaki yang berkerjaya sebagai seorang contractor cum plumber.

Jalan cerita yang sangat menarik for me sebab jarang I baca story about a father yang full of authority macam ne – dictator! Selalu kan, even in real life, sorang ayah merupakan figure yang easygoing and mother yang selalu menjadi parent yang strict ne, especially bab perkahwinan anak-anak ne... and when it comes to menantu-mertua relationship ne, selalu yang ada isu menantu perempuan dengan mertua perempuan. Ne dah terbalik pulak... but being an army officer, tak hairan pun cara hidup si ayah kat tempat kerja tu terbawa-bawa sampai ke rumah. I have a retired army officer as a neighbor, and he's acting pretty much macam army jugak outside of work. Boleh dikatakan uncle ne macam security kat area rumah I tu. Haha. Bila kita takde kat rumah, dia akan tengok-tengokkan rumah kitaorang. Selamat la kan... and his two eldest sons pun in the army jugak. Agak-agak kalau Leftenan Jeneral Hambali ada anak lelaki, memang masuk army jugak kot. Haha. My point is, yes, I understand when seorang pegawai tentera terbawa-bawa perangai dari tempat kerja tu. They only expected "yes" when ordered.

Di awal cerita, Leftenan Jeneral Hambali forced Syirin to accept his friend's marriage proposal for his son, Nukman. Kedua-dua kakak Syirin pun sebenarnya mendapat nasib yang sama when it comes to marriage sebab ayah diorang yang arranged it. It's like a tradition for the family, apparently.

Pertemuan pertama antara Syirin dan Zakhif semasa Zakhif sedang ubahsuai tiles kamar mandi dalam bilik Syirin and apparently, sampai pulak nampak mahkota Syirin. Memang unusual la pertemuan pertama ne. For one thing, as contractor, memang ada green light masuk bilik sesiapa saja when asked... terfikir pulak penulis nak berikan "rezeki" macam ne kat Zakhif diawal cerita. Hehe. I suka… kan tak sengaja tu.

I suka dengan perkembangan relationship between Syirin dan Zakhif. Zakhif dah felt something even before dia bertemu dengan Syirin semasa nampak gambarnya. Perjumpaan pertama pun sudah buatkan mereka rasa getaran di jiwa masing-masing. I yang baca ne pun bergetar-getar jugak la dalam dada ne. hehe. Setelah perjumpaan pertama tu, masing-masing nak cari peluang bertentang mata… Kuat betul la feel diorang ne. Teringat bila I dengan suami dulu berkenalan melalui telefon (zaman landline lagi) dan cari chance main-main mata kat sekolah. Haha. And... bila I baca balik-balik pun cerita ne, I selalu je tak perasan yang Zakhif tak pernah luahkan perasaan dia kat Syirin sehingga la ke page terakhir buku. Bila penulis mentioned the fact that Zakhif said those three words for the first time tu la baru I perasan yang Zakhif tak pernah pun confess. Sepanjang membaca, setiap action Zakhif dan Syirin dah menampakkan sayang diaorang for each other.

Leftenan Jeneral Hambali... Character dia ne betul-betul buat I sakit jiwa la. Kalau I di tempat Noriah, I memang bakal makan hati je setiap hari. Ego dia tu tinggi melangit! Dah ada rasa bersalah pun, susah sangat nak luahkan... macam sepanjang pembacaan, dia tak pernah sekali pun mengaku salah dia, apatah lagi meminta maaf. Dia mengakui dalam hati dia je. Alahai, memang ego bebeno! Ego tahap shaitonnirajim!

Syirin... Her character kind of reminded me a bit of Lois Lane. Ala... Lois Lane bini Clark Kent a.k.a Superman tu. She's an army brat jugak macam Syirin. Syirin ne memang nampak rebel dia dari awal, especially when out of all the General's daughters, dia je yang berjaya membina kerjaya based on yang dia minat. However, sekeras-keras Syirin tu, kalah jugak dengan kesenioran kepala batu ayah dia tu when she just felt obligated to just go along with his arahan untuk terima Nukman sebagai suaminya walaupun dia tak pernah pun zahirkan persetujuannya. Perjumpaan dengan Nukman pun tak membantu langsung – I rasa kalau dari awal Nukman tak setuju, the wedding plan takkan berjalan lancar kot. Syirin pun start memikirkan semula her decision sebab Diara muncul balik dalam hidup Nukman. I do like Syirin's personality sebab dia tak lemah... Keras kepala Syirin tu bersebab.

Zakhif... I suka sangat dengan watak Zakhif. Dia seorang yang penyabar dan sentiasa berfikiran positif; I rasa setiap balasan yang keluar dari mulut dia when people assume bad things are all positive – Leftenan Jeneral Hambali kutuk kontraktor asal rumah dia tu pun, Zakhif balas dengan jawapan positive, bukan nak menambah perencah mengutuk. Maybe sebab background hidup dia buat dia sentiasa ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Setelah Mak Abah dia dah meninggal dunia sejak umurnya tujuh tahun, Pak Mail dan Mak Nani menjaga dia and around umur dia sepuluh tahun, dia dihantar kat rumah anak-anak yatim... he might just learned to see things positively. Walaupun sedih dengan perjalanan hidup Zakhif, I like the fact that people surrounding him semuanya orang baik-baik. I love that Zakhif ne seorang active menjadi sukarelawan dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. I loved that he had the heart to share what he had with his adik-adik... showed that he didn't forget his root. His character really reminded me of my arwah Babah – his late father pun passed away semasa umur Babah I tujuh tahun.

I like Syirin's relationship dengan Mak dia. Having a love-hate relationship dengan her own father, I guess sebab tu la merapatkan lagi hubungan Syirin dengan Mak dia. But having a mother with Noriah's personality, semua anak-anak dia pun dia rapat. Dengan contractor cum plumber tu pn dia boleh mesra, apatah lagi anak sendiri kan... When she knew that Syirin tak happy dengan perancangan suaminya, dia pun sama tak excited dengan preparation wedding tu... And her husband also realised that she was not as excited as she was when Ida and Shim got married. I suka that Noriah did not act macam yang suami dia nak all the time... She spoke out her thoughts when needed, tapi tak sampai nak provoke kemarahan suaminya.

I really do hate Nukman's character. Memang coward, pengecut, penakut, chicken habis la dia ne. Tak berani nak berdepan dengan masalah, dah tu tamak nakkan both Syirin dan Diara. Tapi he just wanted to keep Syirin sebab nak elakkan dari berdepan dengan amarah parents dia and also, Leftenan Jeneral Hambali. Apparently, dia memang takut dengan ketegasan ayah Syirin ne, maybe more than his parents. Haha.

And... Diara had the nerve to say all those things she said to Syirin?!! I mean, WTH was that?!! Kurang ajar punya perempuan! Memang part perjumpaan Diara dengan Syirin ne buat I see RED! I was actually hissing when I read that part. Selfish betul... Tak ada perempuan yang nak dimadukan. Belum kahwin, dia dah nak dimadukan – isteri yang nak dimadukan pun selalunya minta cerai, inikan pulak belum sah jadi isteri. Memang cabut lari la jawabnya. Adoi la! Brilliant plot, but still... I marah!

Nukman and Diara were made for each other! Nuff said.

The best part: Shaqril dan Larra from “Cinta Tak Beralih” are in the story!! Like always, I memang suka sangat bila penulis connect their stories dengan mewujudkan watak-watak daripada novel sebelum-sebelumnya. Macam kita masuk dalam dunia ciptaan mereka kan. Anyways… I love the fact that Shaqril dan Larra memainkan peranan penting dalam hidup Zakhif sampaikan nasihat Shaqril about grabbing the second chance given tu, Zakhif took to heart. They even involved themselves with rombongan meminang meng“ambush” rumah Leftenan Jeneral tu… and I love seeing Haji Razlan as the spokeperson for their rombongan.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.” – Wow! Bold statement indeed! I guess this statement started Syirin’s counterattack towards her father’s “strategies”.

I love the fact that Zakhif nekad untuk memanfaatkan peluang kedua yang diberikan. Unlike Nukman, Zakhif bersedia menghadapi Leftenan Jeneral Hambali yang super tegas tu demi mendapatkan Syirin. Suka sangat dengan keberanian yang ada pada Zakhif! Mata kita ada love-love je sepanjang menyaksikan pertarungan Zakhif ne.

Pernikahan mengejut tu memang mengejutkan la. Penulis berjaya membuatkan pembaca yang sopan santun macam I ne mencarut. Haha. Dalam kepala Leftenan Jeneral Hambali ne nak menang je kan… sebab rasa tercabar dengan Syirin dan Noriah, dia sanggup mengambil langkah memalukan Zakhif macam tu.

Setelah sah bergelar suami isteri, Syirin mula rasa kehilangan seorang ayah dan tried to make her father berbaik dengan suaminya. I don’t really like that Syirin seakan mahu tahu tentang asal usul Zakhif hanya kerana ayahnya – I know Syirin pun macam curious jugak nak tahu roots Zakhif, but when she brought her father into account, I jadi tak berapa berkenan.

As much as I love Zakhif being a patient son in law, I tak suka bila dia tak nak share his upbringings dengan Syirin… and I don’t like that he went on menjadi sukarelawan without even discussing it with Syirin.

I guess penulis nak bangkitkan issues yang biasa dihadap oleh newlyweds. Pasangan bercinta sebelum kahwin pun ada yang “culture shock” bila dah bertukar status, inikan pulak pasangan yang baru kenal shortly before kahwin. Zakhif had always been independent so dia “terlepas pandang” akan tanggungjawab dia sebagai sorang suami when he had always took serious of his role as a volunteer. Syirin pulak had always had her parents by her side… selepas kahwin, memang akan ada rasa kehilangan, lebih-lebih lagi when the father anggap macam ada tak ada je depan dia. I do love that even with his own ego (yang I rasa healthy la), Zakhif tak kurang ajar dengan Leftenan Jeneral Hambali. Dia layankan saja karenah bapak mertuanya.

I love perkembangan hubungan diantara Zakhif dan Leftenan Jeneral Hambali. It took Zakhif child’s life to make their relationship better. It’s sad, but like in real life, every little things happen ada hikmahnya. Dalam rasa terkilan, Zakhif terima qada’ dan qadar yang telah tertulis untuknya… I love that dia tak salahkan bapa mertuanya for things that happened.

I rasa penulis telah berjaya mencipta plots yang menarik – semuanya tersusun elok je. Sepanjang pembacaan, flow dia macam smooth je. Leftenan Jeneral Hambali assumed that Syirin setuju bila dia tak membantah. Dalam keterpaksaan, Syirin tetap cuba untuk mengikut keputusan Ayahnya. Dalam kesamaran tentang perasaan diorang, Zakhif dan Syirin nekad nak teruskan plan diorang nak bersatu. Seems like every plan tu tak terlalu difikirkan... Each character seemed to move on with the flow of the story nicely... Though, I rasa macam tergantung je perasaan Ejja kat Syirin tu. Or did I missed something?

I really love the climax of the story tu when Zakhif found his family… dengan Mustakim pulak tu dia ada connection. Cuma, I was hoping penulis elaborate lagi sikit scene after the reveal. Macam tak cukup pada I. Nak feel lebih lagi. Ending story Hezzy Azra this time around kind of ambiguous.

Penulisan Hezzy Azra tak payah la I nak ulas. Dari novel pertama, penulis memang dah menunjukkan style penulisan yang sangat cemerlang dimata I. Penggunaan Bahasa Inggeris yang cemerlang, dan terletak elok je bila needed; not overly used. However, I rasa ne first time I rasa macam nak sakit jiwa melayan character yang dilahirkan. Perasan tak, I kept on typing “Leftenan Jeneral Hambali” sepanjang review I? Sebab I rasa gelaran tu memang sesuai sangat dengan watak seorang Hambali tu. Tegas tak bertempat most of the time.

WOW. Rasanya panjang sangat review I kali ne. Haha. So I’m gonna end this now. Overall, I suka sangat-sangat dengan story ne… and I strongly recommend it!

Sinopsis:

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews