Monday, September 16, 2013

Perempuan yang Paling Aku Cinta by Acik Lana

Perempuan Yang Paling Aku CintaPerempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana
My rating: 4 of 5 stars

Perempuan yang Paling Aku Cinta (PYPAC) merupakan novel pertama terbitan penulis Acik Lana sendiri and sudah lama I want to add this book to my collection. Akhirnya, tercapai juga nak dapatkan buku edisi terhad ne.

Novel-novel Acik Lana yang I dah baca sebelum ne semuanya I rate 5 stars. This time, however, I terpaksa minus 1 star sebab for me, PYPAC ne ada kekurangan jika nak compare dengan novel-novelnya yang sebelum ne. I also feel meluat when I read certain scenes. Will get to that...

Isu yang diketengahkan dalam novel ini adalah sesuatu yang sangat berat; fenomena yang sering terjadi pada zaman ini. I'm talking about gejala social yang sekarang susah nak dikawal... and about pembuangan bayi.

I'm glad that penulis started the story 7 years after the event sebab I'm not sure I want to read part drama tu dari mula and I tak beberapa suka membaca kisah cinta semasa di zaman sekolah (walaupun pada hakikatnya I pun melakar kisah cinta semasa masih dibangku sekolah... haha)... sebab most story yang I read ne, when it comes to cerita anak muda di zaman sekolah, penulis tend to write as if the youngsters tu macam darjah 6. In this case, however, I don't feel that tapi still I like the fact that the story started the latter part rather than how it all started.

Setelah sekian lama, Bunga dipertemukan semula dengan lelaki yang telah menyebabkan hidupnya diliputi kesengsaraan. Karl Hakimi, seorang photographer yang tersohor, telah kembali ke Malaysia kerana didorong oleh hatinya sendiri... Pertemuannya dengan Bunga membuahkan perasaan aneh di dalam dirinya. Kebencian Bunga terhadapnya menyebabkan dia nekad untuk mencari punca... dan akhirnya, dia mendapat tahu yang perempuan yang telah dirosakkannya rupa-rupanya telah mengandungkan anaknya dan oleh sebab itu, dia dibuang kolej dan keluarga.

I rasa penulis memang bijak melakar plot novel dengan baik dan in terms of susunan ayat dan gaya bahasa, memang sentiasa rapi. Penggunaan bahasa Inggeris di tahap average, maybe. I dapat detect so many kesilapan...

I suka pada watak Karl Hakimi, cuma I'm not too fond dengan cara pergaulannya. From the way I read, Karl Hakimi was not aware of the fact that Bunga was carrying his child semasa meninggalkan Malaysia... and kenapa dia meninggalkan Malaysia pun, I'm not so sure kenapa. I don't remember it being mentioned so I don't know how to judge him based on his past... tetapi based on his present behavior, I suka that timbul rasa bersalah kerana membiarkan Bunga sendirian menanggung derita and he tried to perbaiki every wrongdoings.

Bunga... I'm not sure about her character. Setelah melalui segala kepayahan tu, I just don't understand kenapa dia still not jaga cara pakaiannya. In one scene, dia ada pakai baju short sleeve and dress paras lutut... masih tampil seksi.

I rasa so tired the whole time reading this novel sebab mostly, Bunga was being so stubborn, and then secara tiba-tiba, hilang terus ego dia after Elman reject her baby. Serious... I rasa that was too sudden and somewhat nonsense. I tak suka dia memberi harapan kepada Elman just because dia nak sakitkan hati Karl Hakimi. I think that was just plain cruel. Mungkin benar dia memang ada perasaan suka pada Elman, tetapi most things dia buat dengan Elman tu adalah untuk meyakinkan Karl Hakimi yang dia dah move on. I really have mixed feelings about her character.

Keinsafan both Karl Hakimi dan Bunga perlu lebih ditekankan sebab I tak rasa sangat feel keinsafaan mereka ne... Mungkin I read two novels sebelum ini yang terlalu menekankan kekesalan sesuatu watak yang telah membuat dosa... so, that's why I tak rasa sangat rasa kesal tu sebab mostly the couple mostly cakap pasal their feeling for one another; semuanya macam loving-loving saja...

"You were my first" - When Karl Hakimi said this, I rasa penulis wanted to point out that Bunga was his only (first and last). Kalau first tu, boleh jadi dia ada melakukan perkara yang sama dengan orang lain, and Bunga was just the first... so, if I di tempat Bunga, I akan cakap, "Yeah... first but not the only kan?" LOL. I don't know apa sebenarnya Acik Lana nak sampaikan with that statement. Obviously, I'm over-thinking about this one statement.

Banyak pengajaran yang dapat diambil after reading this book. For example, penceritaan tentang kesilapan perempuan muda yang terlalu mengikut kata hati boleh kita jadikan satu pengajaran supaya lebih berhati-hati di dalam pergaulan.

All in all, another naskah hebat from Acik Lana, despite the complaints that I had. Novel ini pastinya akan dibaca berulang-kali.

Most recommended!!


Sinopsis:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.


View all my reviews

4 comments:

EinaRon said...

Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

eyna.eryna@gmail.com

Gorgeous said...

Assalam sis..kita kan letgo pypac tu?

EinaRon said...

Gorgeous, awak nak letgo pypac ke? Kalau betul email saya ya di eyna.eryna@gmail.com

EinaRon said...

Takde sorang pun ke yg nk letgo novel ni kt saya? Please letgo for me!

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews