Thursday, April 16, 2020

The Bad Boy's Girlfriend by Akuorgbiasa

The Bad Boy's GirlfriendThe Bad Boy's Girlfriend by akuorgbiasa
My rating: 5 of 5 stars

Fair warning : My review contains SPOILERS, so if you don’t want to be spoiled, please take time to read the story (ada kat e-Sentral) and come back if you want to read my thoughts on it.

eBook ketiga daripada one of my favourite authors, akuorgbiasa. Story ne sebenarnya I dah baca kat wattpad, tetapi now author jual kat e-sentral and dah upgrade la story dia. Pada I, versi wattpad dan eBook jauh beza, walaupun the foundation tetap kekal sama – perkembangan dari segi plot cerita dan pada watak-watak. Also, ada watak yang tenggelam sebelum ne nampak the importance. I know for a fact that this was one of the earliest cerpens dari penulis yang dikembangkan and I have read the cerpen and wattpad version. Memang this time around, I can see peningkatan dalam penulisan author.

The Bad Boy’s Girlfriend (TBBG) menceritakan kisah cinta Nurul Basyirah (Syirah) dan Khairul Adha (Adha) yang bermula sejak bangku sekolah lagi, walaupun masa tu diorang masih innocent lagi, nampak sangat si bad boy tu betul-betul suka kat si Pau – Pau, nama “manja” yang diberikan oleh si budak jahat tu sebab fizikal Syirah yang comel dan berkulit putih.

Cerita cinta zaman sekolah tu tak lama sebab dua-dua kena pindah, but pada I penceritaan zaman sekolah tu nampak real sangat. Teringat masa kita kecik-kecik dulu… bila ada budak nakal ne, diorang tak segan nak cakap diorang suka… pastu kawan-kawan usik. Haih, walking down memory lane sangat la…

Pertemuan semula setelah bertahun terpisah, the chemistry between these two masih macam semasa kecik tu. I suka dengan pertemuan pertama semasa Adha prank Syirah… Hahaha… Bodoh la.

Story ne ditulis dari sudut pandang Syirah… and I really can relate to her thoughts semasa kecil tu sebab I ne pau jugak since kecil, and unlike Syirah, I tak kecut-kecut sampai sekarang. Haha. But my point, bila baca story masa zaman budak tu, I can relate sangat dengan character Syirah. Bila ada orang suka pun, kita memang tak percaya la. Lawak habis la bila dia selamba je called names bila dia marah Adha. “Itu bukan boyfriend, itu Syaitan!” – hahahaha. Paling kelakar la part ne. hahaha.

I really like Syirah’s character and even the older version Syirah ne I can relate. Dia ne agak private orangnya and nampak dia paling banyak share dengan adik dia, Dira. Even dengan kawan baik dia pun, dia tak share semua. Memang orang jenis macam ne banyak fikir and tend to assume things. Tapi like Adha said, dia ne memang pelik la. Bila hal kahwin, dia boleh pulak tak fikir. Apa yang Adha fikir tu memang yang kita fikir gak. Hahaha. Also, I suka Syirah ne anak yang taat, walaupun I annoyed gila dengan Ibu dia.

Khairul Adha – mamat jahat kepala dongga – sorang budak nakal yang bijak. I rasa dalam setiap kelas I dulu, memang akan ada sorang yang macam ne. Nakal suka menyakat, tetapi bukan la sampai nak buat jenayah. Tapi budak jenis macam ne memang famous dikalangan Cikgu. I suka sengat dengan watak Adha. Bila kita tengok cover eBook ne, memang bayangan I of his physical macam tu. Cool je. I also like the fact that dia tak zahirkan sangat his thoughts dengan physical Syirah, but towards the end of the story, kita nampak how his thoughts on Syirah bila dia jumpa semula Pau dia tu. Cair jugak sebenarnya…

Hafiz Shauqi (Shauqi) – lelaki kacak merecik hawau – satu watak yang jadi significant dalam hidup Syirah. Dikenalkan secara “accident” dalam majlis bekas majikan Ibu Syirah (the scene kat sana very funny… hahaha). I suka dengan perkembangan watak Shauqi dalam eBook ini. He’s the perfect specimen of a perfect man, dan dia ada keyakinan yang sangat-sangat high la so memang bound to be a Prince type la. For some ladies, akan ada yang suka dimanjakan macam mana Shauqi manjakan Syirah… but unfortunate for him, Syirah bukan one of these ladies. To make things worse, Shauqi pandang Adha (yang kembali rapat dengan Syirah) as his “musuh ketat”.

I suka dengan development hubungan Adha dan Syirah. Dari kecik and semasa mereka reunite. Sebenarnya, kalau takde Shiela masuk dalam equation, memang smooth je kisah cinta dua orang ne… but kerana salah faham, Syirah decided to give Shauqi a chance (and ended up banyak chances dia bagi kat Shauqi). I do like the development of Shauqi and Syirah’s relationship. Nampak usaha dari Syirah untuk menerima Shauqi, dan dengan perkembangan watak Shauqi, kita nampak character dia yang tak disenangi oleh perempuan macam Syirah. I like the set up untuk kemuncak pada hubungan Shauqi dan Syirah – from the feeling of being controlled and then the connection as to why Adha was in the right situation at the right time.

I also suka dengan hubungan kekeluargaan keluarga Syirah. Again, I can relate to them. I ne macam Syirah, anak ke-2 and Kakak jugak la. Watak Abang tu pun reminded me of my own Abang, yang memang protective. So the relationship between Syirah dengan Abang dan adik dia tu, sangat-sangat real to me. I suka dengan keakraban Syirah dengan Dira. Pada readers setia akuorgbiasa, watak Dira tu memang tak asing lagi and I rasa ramai jugak peminat si bimbo ne. Nampak perwatakan Dira yang selamba tu, and walaupun watak dia tu contra dengan watak Syirah, but their sisterhood tu ngam. Macam I dengan adik I. Also, I like the fact that author insert so many Syirah-Dira scenes dalam story ne. Walaupun I annoyed gila dengan Ibu Syirah, I can see why she did what she did. And tak tau kenapa, I selalu suka dengan watak-watak Ayah yang author dah create and Ayah Syirah is one of them.

Suka dengan special appearances of author’s other books’ characters. Seriously suka dengan SEMUA watak-watak khalayan author. Rasa sangat dekat dengan diorang semua.

Plot wise – bagi I sangat tersusun. Every little scene ada kepentingannya… Author thought of every little detail. Takde filler scenes pun. Sometimes, bila I baca novel, ada certain scenes tu I rasa tak perlu ada – feels like nak panjangkan story je. For akuorgbiasa, I rasa story dia ne overflowing pulak – for those yang mengikuti stories penulis kat Wattpad, you’ll know the fact that TBBG versi eBook ne telah dipendekkan sebenarnya, but still ended up panjang (a decent thickness of a novel la kot). So, I can’t wait to read more of Syirah-Adha story.

Style penulisan yang sangat santai and pada I sangat mesra pembaca. I suka bila penulis gunakan flashback for certain parts and I really like the fact that author belanja kita POV from Adha.

Lamanya I membebel.

All in all, I sangat puas hati dengan eBook The Bad Boy’s Girlfriend. Harap-harap, suatu hari aka nada novel versi cetak pulak. I would treasure it. Tak sabar nak tau cerita Shauqi!


Sinopsis:

Kisah si minah Pau, dan mamat jahat kepala dongga!

Pertemuan pertama ketika belum akil baligh, di usia 12 tahun. Si mamat jahat kepala dongga yang bertanggungjawab memberi nama gelaran baru kepada Syirah, Pau kerana tubuhnya yang gempal, dan berkulit putih susu.

“Saya cakap, rupa dia ni macam pau, cikgu! Pipi dia tu, kembung, gebu macam pau! Putih pun macam pau.”-Mamat Jahat Kepala Dongga

Semenjak itu, budak nakal itu tak sudah-sudah menyakatnya. Namun perkenalan yang sebentar itu berakhir setelah tamat sesi sekolah rendah.

Masa berlalu pantas, Syirah sudah meningkat dewasa. Membesar cantik seperti angsa putih yang dulunya disangka anak itik yang hodoh. Kini dia seorang gadis jelita yang dapat perhatian ramai jejaka. Salah seorangnya, seorang jejaka kacak bergaya, kaya-raya, bermulut manis, dan begitu budiman. Lelaki kacak merecik hawau!
“Memang you temuramah dan tanya nama semua guests yang datang malam ni ke?” -Syirah

“Not really. Only those who caught my attention. And apparently, tonight, you are the only one!” -Lelaki Kacak Merecik Hawau.

Dalam masa yang masa, takdir menentukan Cik Pau dan Mamat Jahat Kepala Dongga itu bertemu dan bersahabat semula. Ternyata masa tak mampu menghakis kenakalan si dia. Masih nakal dan kuat menyakat Syirah seperti dulu.
Syirah yang mencari cinta, keliru antara yang kanan dan kiri.

Apa itu cinta?
Memuja atau memulia?
Memanjakan atau memberi perhatian?
Berusaha merubah pasangan seperti yang diinginkan, atau menerima seadanya?

Apa itu cinta?
Mamat Jahat Kepala Dongga, atau Lelaki Kacak Merecik Hawau?



View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews