Friday, September 20, 2019

Suamiku Si Mata Biru by Evelyn Rose

Suamiku Si Mata BiruSuamiku Si Mata Biru by Evelyn Rose
My rating: 1 of 5 stars

First of all, I apologize if apa yang I review ne tak dipersetujui from other readers and the author. I was really frustrated the whole time I baca novel ne.

From start to finish, I found that I tak setuju dengan MOST of the main character's thoughts and actions... especially berkenaan dengan kahwin Misyar ne. Kadang-kadang I rasa, apa yang difikirkan oleh watak, tak sync dengan perbuatan dia.

I don't really know apa hukum nikah misyar yang sebenar-benarnya sebab I read in a book by an Indonesian scholar that perkahwinan ini tidak boleh dilakukan... though I'm not really sure sebab kat Indonesia banyak mazhab... but I do know that all four maddhab memang sebulat suara mengatakan kewajipan seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Dengan cara pernikahan misyar ne, banyak kewajipan seorang suami telah digugurkan, especially nafkah dan keperluan isteri... I don't feel the institution of marriage in this type of marriage... Nikah ne like bertujuan untuk satu benda sahaja which is hubungan batin. Their first night tu made me sangat-sangat terganggu. Seems like Irina dah naik miang sebab tu dia nak kahwin.

Also, I hate that Irina tak hebahkan the fact that she got married sebab perbuatan dia tu mengundang fitnah dari community dia kat sana tu. Seriously... the novel ne tak mengambarkan keistimewaan suatu pernikahkan other than menghalalkan yang haram tu je kot.

I don't know pengajaran apa yang ada dalam novel ne sebab for me, instead of the hubby terikut cara-cara dan jatuh cinta dengan Islam, I rasa Irina pulak yang terikut-ikut jadi Western. Pendirian Irina pun macam dah terbasuh dek pemikiran suami yang "brilliant" dan banyak pengalaman hidup tu. For me, most of Irina's action lebih hasil dari turut perasaan gersang dengan suami omputih dia tu.

and I'm so against liberalism in Islam and from the way I see it, the main character is just that.

Ending tergantung... entah hape-hape.

Such a disappointment for me considering how much I LOVE her first two novels.

I'm not recommending this book to those yang fikir banyak macam I... For those yang baca untuk baca babak manis-manis, I guess ok la...

Sinopsis:

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?


View all my reviews

Saturday, September 7, 2019

Noah Mukriez by Dian Aleesya

Noah MukriezNoah Mukriez by Dian Aleesya
My rating: 1 of 5 stars

Noah Mukriez -- novel kedua daripada penulis Dian Aleesya. I memang tak tau apa sinopsis cerita ne... I baca pun sebab I beli novel 2 in 1 BesQ Publication. Baca story ne selepas baca story Jabbar, but I found that susah sangat I nak habiskan novel ne. In between chapters, I layan cerita kat Wattpad. Shows how much I loathe it.

Mikayla -- seorang top scorer dalam bidang law, but how she handled her situation macam bukan bakal lawyer. Kalau ada lawyer macam dia, memang confirm kalah la. I don't know how the fact is, but I do know, mangsa rogol boleh dikenalpasti daripada medical examination. Specialists on Rape evaluation tahu tanda-tanda mangsa bekas kena rogol, sekalipun Mikayla tak tahu macam mana "rasanya" selepas dirogol. Don't make her being a virgin kosong about seks. Lawyer tak kena ajar ke how to investigate when you try to help the clients?

and Noah... How stupid can he be? He went along with Mikayla. Mana brain dia pergi? I yang tak berapa nak pandai ne pun tau la how to know for certain how to find out the truth. Kahwin bukan jalan penyelasaian. The whole time I baca, macam I rasa penulis cuma nak diorang "terpaksa" berkahwin je.

Seriously cannot hadam la cerita ne. Not making sense to me at all. Being a writer, kena pandai masuk dalam kepala watak yang dicipta. Kalau dah decide nak Mikayla jadi seorang bakal lawyer yang top in her class, kena berfikir macam lawyer. Her lack of investigative skill tu dah buatkan I rasa pelik. Reading novel yang fiction pun, kena logik.

Sorry la to those yang suka novel ne, but I seriously cannot hadam.

I tak tau la if I will ever read the next book in this trilogy.

View all my reviews

Wednesday, September 4, 2019

Mengukir Bahagia by Hani Fazuha

Mengukir BahagiaMengukir Bahagia by Hani Fazuha
My rating: 3 of 5 stars

Mengukir Bahagia merupakan novel pertama hasil nukilan Hani Fazuha yang I baca, and I know this was her first book. I'm actually intrigued to read her latest novels sebab dah beli beberapa novel baru dia, tapi I prefer to read her first book to see how she has grown. I bought her first 4 books, and apparently masa ne macam dah naik harga. From what I read, I hope her writing better be better than this.

Mengukir Bahagia has a very dramatic story. I liked the plot, tetapi pada I terlalu meleret. Rahsia yang disimpan oleh sang suami yang sepatutnya diceritakan semasa isteri dah sayang dibiarkan dalam hati berlama-lama. Si isteri pun bodoh tahap langit ke tujuh sebab too assuming. Maybe her past made her like that, tapi pada I she should have learnt from the past. Kekerasan hati Natasya sangat-sangat keras, bak konkrit like Haris said... and it made me sangat annoyed with her instead of rasa kasihan.

Bahasa yang digunakan oleh penulis terlalu lengkap for my liking. Maybe this is an old story, so the bahasa pun macam nampak classic to me. Dialog sangat old school... terasa macam mendengar dialog filem-filem Melayu lama zaman Awie-Ziana Zain-Erra Fazira. Then again, this was written in the year 2008, or maybe before that.

Nothing much to say really... but a good 3 star from me for this novel.

Sinopsis

BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan
lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”


View all my reviews

Sunday, August 4, 2019

Jabbar Muqrish by Dian Aleesya

Jabbar MuqrishJabbar Muqrish by Dian Aleesya
My rating: 4 of 5 stars

Jabbar Muqrish is the first novel by Dian Aleesya yang I baca and not a bad story.

Jabbar Muqrish menceritakan kisah cinta di antara Jabbar Muqrish (Jabbar) dan Wan Aisya (Aisya).

It started off with Aisya, secara tidak sengaja, ternampak suaminya berpimpin tangan bersama seorang perempuan semasa dia dan anaknya makan di sebuah restoran. Kebetulan, Jabbar berada di restoran yang sama dan apparently terlalu concern dengan keadaan Aisya dan anaknya pada ketika itu. His past of being cheated on made him felt that he knew what Aisya must be feeling semasa kejadian tu. So I guess he felt "attracted" to her since then, sampaikan he remembered her when he saw her selepas tu.

I suka pada watak Jabbar yang insistent. His characteristic reminded me of most male characters in western novel. Outspoken and tak peduli dengan pandangan orang lain... but I love the fact that he's a family-oriented man, a trait I found very attractive in a guy.

Watak Aisya really bothers me. I guess author nak show her as a strong character, but she came off somewhat arrogant and proud. I don't like her cold attitude towards Jabbar from the beginning. I understand if she acted like that after Jabbar nampak dah sangat-sangat memaksa. Author terlalu menekankan her bad attitude sampai I rasa menyampah. I don't know, her character just came off wrong to me. I don't know...

So it's an instant attraction in Jabbar's part and instant rejection on Aisya's part. I like the build up of their story, but not really with the relationship. Aisya's coldness tu I rasa terlalu ditekankan. I really don't see why Jabbar feels attracted to her. Just because he shares her situation of being cheated on? Keperibadian Aisya pun should be tak nampak sangat sebab whenever Jabbar was around, she's as cold as fish. Entah tang mana Jabbar suka tu. I know Aisya is a good wife and a nice lady, tapi my point is that, he didn't really see the "real" her, kan? I don't know... love really is blind, I guess...

I love the interaction between Jabbar with his family and friends. Really love it when a male character look up to his mother.

Writing style was really good. I love the quotes at the end of every chapter yang berkaitan dengan penceritaan setiap bab. Seriously loved that! Bahasa Inggeris yang superb, though, ada one or two times I noticed grammatical errors. Carutan watak lelaki tu, I guess not all are well-placed... macam ada yang tak kena in some dialogues... maybe overuse of the same word like "Damn" or maybe in Malay novel, tak banyak "clean" English word to be used. Can't use Sh*t, can we? Oh... well...

I decided to buy this novel after a seller told me there are 3 connected stories by the same author. I love that! So I beli with that in mind, so I know cliffhanger cite Noah tu akan disambung. Though, I would want to know what's the "apa saja" yang Jabbar nak when Aisya janji akan buat apa saja if Jabbar kawal marah dia bila berdepan dengan Noah and Jihan. LOL

Not a bad start, so I guess 4 stars for the book. Minus 1 sebab perwatakan Aisya (pre-wed).


Sinopsis

Bila si mulut manis, Jabbar Muqrish bertemu dengan si degil,
Wan Aisya... Mampukah gandingan sebegitu
menjadi harmoni bak irama dan lagu?

TIDAK!

Walau bermacm cara sekalipun yang Jabbar lakukan, pendirian Aisya tetap sama.
Hati dan perasaannya telah dinoktahkan setelah Iqbal mengkhianatinya.


"Saya tak nak dikecewakan lagi, Encik Jabbar. dan saya dah noktahkan segala-galanya...
termasuklah hati dan perasaan saya."
- Wan Aisya

Namun Aisya terluapa dia berdepan dengan Jbbar Muqrish, lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa. Tolaklah berkali-kali, lelaki itu tetap juga dengan pendiriannya. Kerana Jabbar yakin, dia mampu melembutkan hati Aisya dengan apa jua cara.

"She doen't love me like I do, But i won't give up.
She will be mine, ummi"
- Jabbar Muqrish

Bernarkah si tampan yang mengaku tak akan meyerah kalah itu mampu melembutkan hati Aisya yang keras dan degil itu?

" I rasa, you pun dah kenal I macam mana. Selagi I tak dapat apa yang I nak, I gigih untuk dapatkannya. Tak kiralah dengan paksa atau tidak
- Jabbar Muqrish


View all my reviews

Sunday, July 28, 2019

Aku Ada by akuorgbiasa

Aku AdaAku Ada by akuorgbiasa
My rating: 5 of 5 stars

"Aku Ada" karya akuorgbiasa merupakan eBook pertama yang I purchased kat e-Sentral and definitely worth the money. In fact, kalau ada terbit versi cetak, memang I tak akan teragak-agak untuk beli.

"Aku Ada" menceritakan tentang kisah persahabatan yang terjalin diantara Jebat (Jep) dan Siti Talhah (Tal) sejak dari lahir. Persahabatan yang membuahkan rasa cinta di hati masing-masing, namun bukan mudah untuk mereka disatukan. Story mereka akan buat you ketawa, menangis dan yang penting, perut you akan rasa macam ada rama-rama je.

Jep dengan kesengalan dia, took time nak faham hati sendiri. Bila meningkat dewasa, dia ada la couple-couple cinta monyet dengan few girls. Still dia letak Tal ditahap paling tinggi di hati dia compared to the others sampaikan girlfriends dia tu perasan dulu akan feeling si Jep sengal ne. Si Sengal ne pulak buta dengan perasaan diri dek kerana dah terbiasa hidup dengan BFF di sisi. I found myself tepuk dahi few times.

Tal pulak berperwatakan seperti lelaki. Being born into a family yang ramai lelaki, dan dengan teman sepermainan yang jugak seorang lelaki, so memang logik dia berperwatakan kasar. However, being a girl, memang tak lari la dengan mainan perasaan especially when dia dari awal dah sedar dia jatuh cinta dengan BFF dia tu. As she got older, she became less boyish, especially the way she dressed.

I suka dengan perwatakan dua orang ne. Bila tengok cover buku, you can just imagine how sengal and sempoi these two are going to be. It’s not the normal lovey dovey couple, though, bila dah ke fasa bercinta, memang banyak sangat rama-rama dalam perut. Seorang sengal boleh jadi romantic jugak bila found his true love. Tapi kan… sedih ke, happy ke, rama-rama memang attack perut I.

I love the realness of these two main characters. Bila dah jadi BFF, memang tak ada apa nak disembunyikan. Perangai buruk sebesar habuk pun masing-masing dah tau – that’s what I like about these two. No fakeness there!

Loved the character development – dari kecik, remaja dan ke dewasa… Penulis knows how to develop their characters and the build-up of their romance was also very well-written.

I loved Syah’s character jugak. I loved how abrupt his character was. Ikut suka dia je nak datang kat Tal when he knew where she was… Even though nampak insistent in that, he was not when it comes to menjalin hubungan dengan Tal. He became the friend that she needed. I loved that very much… and he became the subject of Jep’s jelousy. Loved that even more sebab he became this funny character bila Syah was mentioned.

I suka dengan nilai kekeluargaan yang diterapkan dalam story ne. Suka dengan hubungan Tal dengan family dia, also Jep with his… and also suka dengan the closeness of these two families. I loved how selfless Tal was when dealing with Jep’s parent. I loved how Jep cope with her act sebab in the end dia sedar Syurga dia di mana. I juga suka how penulis melihatkan kepentingan dan pengorbanan seorang ibu through Mak Biah’s story. When you married someone – you also married into the family. Loved the portrayal of all Jep’s and Tal’s family members – the dynamics between the siblings were real! And… I loved Thor forever and always!

I loved all the social critics in the story, especially how pemikiran orang-orang Melayu yang sebenarnya bercanggah daripada apa yang ditetapkan oleh agama Islam. I loved all the Qur’anic references in the story.

Plot wise, everything I like! I sangat suka dengan permulaan cerita. All those little snippet stories of little Jep and Tal, penulis melihatkan how important Tal and Jep were in each other’s’ lives. They had each other when their loved ones left them. I loved that all the plots led up to their need to lean against one another. Aku Ada… it’s a fitting title indeed!

Favourite scene definitely part malam pertama tu. Not for the romance but for the sadness of the situation yang kemudiannya bertukar menjadi comedy dek kantoi dengan Ayah Haji dan Mak Yam.

Gaya penulisan yang sangat sempoi… gaya bahasa yang sangat mudah dihadam. I suka dengan dialog-dialog yang ada. Dari dialog-dialog, kita dapat tau macam mana character sesuatu watak tu. Terdapat few errors yang I noticed, but not something yang terlalu menganggu bacaan I sampai nak stop baca. Even printed novels pun ada error macam ne – sometimes, even worse.

All in all, I LOVED this story!

On a side note: I follow akuorgbiasa kat Wattpad, and I suka semua stories yang dia dah published kat sana. She has created stories with connected characters which I feel like I’m in their world.

Aku Ada is her first published eBook kat e-Sentral, and for a first, I rasa sangat-sangat berbaloi. I really wish to see a printed version of this story. I hope to see more stories from akuorgbiasa in the future.

Sinopsis:


Boleh ke lelaki dan perempuan menjadi BFF? Kawan baik tanpa sebarang perasaan?

Jep dan Tal, boleh dikatakan bersahabat sejak mereka lahir! Walau berbeza jantina, tak menggugat persahabatan mereka. Tal yang lasak. Jep yang manja. Mereka sempurna bersama. Namun apabila meningkat dewasa, dan terpisah beberapa tahun tak berjumpa, perasaan Tal mula berubah. Jep bukan lagi seorang BFF. Tanpa dia pinta, Jep dah menjadi lebih penting daripada seorang sahabat semata dalam hatinya.

Mencintai itu, tak semestinya memiliki. Cukup melihat si dia gembira. Walau hati sendiri terluka. Tal terus ada, wujud untuk menjadi sahabat Jep. Menjadi saksi hubungan Jep dengan perempuan lain. Pedih. Sakit. Sehingga akhirnya muncul mamat samurai perfect 10, Syah, yang membuatkan Jep sedar sesuatu. Syah mahukan Tal. Dan Jep benci keadaan itu.

Adakah akhirnya Jep akan sedar, siapa sebenarnya yang ada di hatinya sejak dulu?

Siapakah yang menjadi pilihan Tal? Mamat samurai perfect 10, atau Jep, BFF yang sengal itu?


Dapatkan eBook “Aku Ada” di e-Sentrals

View all my reviews

Saturday, January 26, 2019

Dia Anak Jeneral by Hezzy Azra

Dia Anak JeneralDia Anak Jeneral by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Setelah sekian lama, I baru ada masa nak read & review novel... so I'm gonna start with this book.

"Dia Anak Jeneral" (DAJ) is the seventh book by one of my favourite authors, Hezzy Azra and novel ne juga merupakan salah sebuah buku yang suami I hadiahkan as one of his hantaran for me for our wedding in 2015. Got the novel from the author herself with her special message for my wedding. Hehe. For a novel addict like me, tu macam dapat gold tau…

Sebenarnya I dah baca novel ne few years back, shortly after I got married, tapi tak berkesempatan nak review... and I have read it a few times more after that (just shows how much I love it). Buku ne dah nampak sign of wear and tear... hehe... rasanya akan beli another copy, just in case.

Anyways, DAJ menceritakan kisah cinta di antara Nur Syirin (Syirin) dan Zakhif. Percintaan yang ditentang oleh ayah kepada Syirin – ayahnya yang merupakan seorang pegawai tinggi tentera, Leftenan Jeneral Hambali. Manakala Zakhif pulak, seorang anak yatim piatu yang mempunyai perniagaan sendiri.

Dari background mereka dah nampak the fact that penulis masih lagi melahirkan watak-watak yang sangat normal, down to Earth and nampak realistic. You won't see watak-watak orang berada over the top yang selalu ada pada novels these days, bukan jugak watak hero ahli korporat yang disegani, bukan jugak watak hero arrogant, handsome… ala… Korean-typed-hero tu. Haha. I have nothing against all those… I pun enjoyed reading stories with heroes macam tu. Haha. My point is, when reading Hezzy Azra’s stories, watak-watak yang dilahirkan jarang dari group mentioned above… Ada la jugak watak-watak tu, tapi sebagai watak sampingan. Anyways… this time penulis explores watak seorang lelaki yang berkerjaya sebagai seorang contractor cum plumber.

Jalan cerita yang sangat menarik for me sebab jarang I baca story about a father yang full of authority macam ne – dictator! Selalu kan, even in real life, sorang ayah merupakan figure yang easygoing and mother yang selalu menjadi parent yang strict ne, especially bab perkahwinan anak-anak ne... and when it comes to menantu-mertua relationship ne, selalu yang ada isu menantu perempuan dengan mertua perempuan. Ne dah terbalik pulak... but being an army officer, tak hairan pun cara hidup si ayah kat tempat kerja tu terbawa-bawa sampai ke rumah. I have a retired army officer as a neighbor, and he's acting pretty much macam army jugak outside of work. Boleh dikatakan uncle ne macam security kat area rumah I tu. Haha. Bila kita takde kat rumah, dia akan tengok-tengokkan rumah kitaorang. Selamat la kan... and his two eldest sons pun in the army jugak. Agak-agak kalau Leftenan Jeneral Hambali ada anak lelaki, memang masuk army jugak kot. Haha. My point is, yes, I understand when seorang pegawai tentera terbawa-bawa perangai dari tempat kerja tu. They only expected "yes" when ordered.

Di awal cerita, Leftenan Jeneral Hambali forced Syirin to accept his friend's marriage proposal for his son, Nukman. Kedua-dua kakak Syirin pun sebenarnya mendapat nasib yang sama when it comes to marriage sebab ayah diorang yang arranged it. It's like a tradition for the family, apparently.

Pertemuan pertama antara Syirin dan Zakhif semasa Zakhif sedang ubahsuai tiles kamar mandi dalam bilik Syirin and apparently, sampai pulak nampak mahkota Syirin. Memang unusual la pertemuan pertama ne. For one thing, as contractor, memang ada green light masuk bilik sesiapa saja when asked... terfikir pulak penulis nak berikan "rezeki" macam ne kat Zakhif diawal cerita. Hehe. I suka… kan tak sengaja tu.

I suka dengan perkembangan relationship between Syirin dan Zakhif. Zakhif dah felt something even before dia bertemu dengan Syirin semasa nampak gambarnya. Perjumpaan pertama pun sudah buatkan mereka rasa getaran di jiwa masing-masing. I yang baca ne pun bergetar-getar jugak la dalam dada ne. hehe. Setelah perjumpaan pertama tu, masing-masing nak cari peluang bertentang mata… Kuat betul la feel diorang ne. Teringat bila I dengan suami dulu berkenalan melalui telefon (zaman landline lagi) dan cari chance main-main mata kat sekolah. Haha. And... bila I baca balik-balik pun cerita ne, I selalu je tak perasan yang Zakhif tak pernah luahkan perasaan dia kat Syirin sehingga la ke page terakhir buku. Bila penulis mentioned the fact that Zakhif said those three words for the first time tu la baru I perasan yang Zakhif tak pernah pun confess. Sepanjang membaca, setiap action Zakhif dan Syirin dah menampakkan sayang diaorang for each other.

Leftenan Jeneral Hambali... Character dia ne betul-betul buat I sakit jiwa la. Kalau I di tempat Noriah, I memang bakal makan hati je setiap hari. Ego dia tu tinggi melangit! Dah ada rasa bersalah pun, susah sangat nak luahkan... macam sepanjang pembacaan, dia tak pernah sekali pun mengaku salah dia, apatah lagi meminta maaf. Dia mengakui dalam hati dia je. Alahai, memang ego bebeno! Ego tahap shaitonnirajim!

Syirin... Her character kind of reminded me a bit of Lois Lane. Ala... Lois Lane bini Clark Kent a.k.a Superman tu. She's an army brat jugak macam Syirin. Syirin ne memang nampak rebel dia dari awal, especially when out of all the General's daughters, dia je yang berjaya membina kerjaya based on yang dia minat. However, sekeras-keras Syirin tu, kalah jugak dengan kesenioran kepala batu ayah dia tu when she just felt obligated to just go along with his arahan untuk terima Nukman sebagai suaminya walaupun dia tak pernah pun zahirkan persetujuannya. Perjumpaan dengan Nukman pun tak membantu langsung – I rasa kalau dari awal Nukman tak setuju, the wedding plan takkan berjalan lancar kot. Syirin pun start memikirkan semula her decision sebab Diara muncul balik dalam hidup Nukman. I do like Syirin's personality sebab dia tak lemah... Keras kepala Syirin tu bersebab.

Zakhif... I suka sangat dengan watak Zakhif. Dia seorang yang penyabar dan sentiasa berfikiran positif; I rasa setiap balasan yang keluar dari mulut dia when people assume bad things are all positive – Leftenan Jeneral Hambali kutuk kontraktor asal rumah dia tu pun, Zakhif balas dengan jawapan positive, bukan nak menambah perencah mengutuk. Maybe sebab background hidup dia buat dia sentiasa ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Setelah Mak Abah dia dah meninggal dunia sejak umurnya tujuh tahun, Pak Mail dan Mak Nani menjaga dia and around umur dia sepuluh tahun, dia dihantar kat rumah anak-anak yatim... he might just learned to see things positively. Walaupun sedih dengan perjalanan hidup Zakhif, I like the fact that people surrounding him semuanya orang baik-baik. I love that Zakhif ne seorang active menjadi sukarelawan dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. I loved that he had the heart to share what he had with his adik-adik... showed that he didn't forget his root. His character really reminded me of my arwah Babah – his late father pun passed away semasa umur Babah I tujuh tahun.

I like Syirin's relationship dengan Mak dia. Having a love-hate relationship dengan her own father, I guess sebab tu la merapatkan lagi hubungan Syirin dengan Mak dia. But having a mother with Noriah's personality, semua anak-anak dia pun dia rapat. Dengan contractor cum plumber tu pn dia boleh mesra, apatah lagi anak sendiri kan... When she knew that Syirin tak happy dengan perancangan suaminya, dia pun sama tak excited dengan preparation wedding tu... And her husband also realised that she was not as excited as she was when Ida and Shim got married. I suka that Noriah did not act macam yang suami dia nak all the time... She spoke out her thoughts when needed, tapi tak sampai nak provoke kemarahan suaminya.

I really do hate Nukman's character. Memang coward, pengecut, penakut, chicken habis la dia ne. Tak berani nak berdepan dengan masalah, dah tu tamak nakkan both Syirin dan Diara. Tapi he just wanted to keep Syirin sebab nak elakkan dari berdepan dengan amarah parents dia and also, Leftenan Jeneral Hambali. Apparently, dia memang takut dengan ketegasan ayah Syirin ne, maybe more than his parents. Haha.

And... Diara had the nerve to say all those things she said to Syirin?!! I mean, WTH was that?!! Kurang ajar punya perempuan! Memang part perjumpaan Diara dengan Syirin ne buat I see RED! I was actually hissing when I read that part. Selfish betul... Tak ada perempuan yang nak dimadukan. Belum kahwin, dia dah nak dimadukan – isteri yang nak dimadukan pun selalunya minta cerai, inikan pulak belum sah jadi isteri. Memang cabut lari la jawabnya. Adoi la! Brilliant plot, but still... I marah!

Nukman and Diara were made for each other! Nuff said.

The best part: Shaqril dan Larra from “Cinta Tak Beralih” are in the story!! Like always, I memang suka sangat bila penulis connect their stories dengan mewujudkan watak-watak daripada novel sebelum-sebelumnya. Macam kita masuk dalam dunia ciptaan mereka kan. Anyways… I love the fact that Shaqril dan Larra memainkan peranan penting dalam hidup Zakhif sampaikan nasihat Shaqril about grabbing the second chance given tu, Zakhif took to heart. They even involved themselves with rombongan meminang meng“ambush” rumah Leftenan Jeneral tu… and I love seeing Haji Razlan as the spokeperson for their rombongan.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.” – Wow! Bold statement indeed! I guess this statement started Syirin’s counterattack towards her father’s “strategies”.

I love the fact that Zakhif nekad untuk memanfaatkan peluang kedua yang diberikan. Unlike Nukman, Zakhif bersedia menghadapi Leftenan Jeneral Hambali yang super tegas tu demi mendapatkan Syirin. Suka sangat dengan keberanian yang ada pada Zakhif! Mata kita ada love-love je sepanjang menyaksikan pertarungan Zakhif ne.

Pernikahan mengejut tu memang mengejutkan la. Penulis berjaya membuatkan pembaca yang sopan santun macam I ne mencarut. Haha. Dalam kepala Leftenan Jeneral Hambali ne nak menang je kan… sebab rasa tercabar dengan Syirin dan Noriah, dia sanggup mengambil langkah memalukan Zakhif macam tu.

Setelah sah bergelar suami isteri, Syirin mula rasa kehilangan seorang ayah dan tried to make her father berbaik dengan suaminya. I don’t really like that Syirin seakan mahu tahu tentang asal usul Zakhif hanya kerana ayahnya – I know Syirin pun macam curious jugak nak tahu roots Zakhif, but when she brought her father into account, I jadi tak berapa berkenan.

As much as I love Zakhif being a patient son in law, I tak suka bila dia tak nak share his upbringings dengan Syirin… and I don’t like that he went on menjadi sukarelawan without even discussing it with Syirin.

I guess penulis nak bangkitkan issues yang biasa dihadap oleh newlyweds. Pasangan bercinta sebelum kahwin pun ada yang “culture shock” bila dah bertukar status, inikan pulak pasangan yang baru kenal shortly before kahwin. Zakhif had always been independent so dia “terlepas pandang” akan tanggungjawab dia sebagai sorang suami when he had always took serious of his role as a volunteer. Syirin pulak had always had her parents by her side… selepas kahwin, memang akan ada rasa kehilangan, lebih-lebih lagi when the father anggap macam ada tak ada je depan dia. I do love that even with his own ego (yang I rasa healthy la), Zakhif tak kurang ajar dengan Leftenan Jeneral Hambali. Dia layankan saja karenah bapak mertuanya.

I love perkembangan hubungan diantara Zakhif dan Leftenan Jeneral Hambali. It took Zakhif child’s life to make their relationship better. It’s sad, but like in real life, every little things happen ada hikmahnya. Dalam rasa terkilan, Zakhif terima qada’ dan qadar yang telah tertulis untuknya… I love that dia tak salahkan bapa mertuanya for things that happened.

I rasa penulis telah berjaya mencipta plots yang menarik – semuanya tersusun elok je. Sepanjang pembacaan, flow dia macam smooth je. Leftenan Jeneral Hambali assumed that Syirin setuju bila dia tak membantah. Dalam keterpaksaan, Syirin tetap cuba untuk mengikut keputusan Ayahnya. Dalam kesamaran tentang perasaan diorang, Zakhif dan Syirin nekad nak teruskan plan diorang nak bersatu. Seems like every plan tu tak terlalu difikirkan... Each character seemed to move on with the flow of the story nicely... Though, I rasa macam tergantung je perasaan Ejja kat Syirin tu. Or did I missed something?

I really love the climax of the story tu when Zakhif found his family… dengan Mustakim pulak tu dia ada connection. Cuma, I was hoping penulis elaborate lagi sikit scene after the reveal. Macam tak cukup pada I. Nak feel lebih lagi. Ending story Hezzy Azra this time around kind of ambiguous.

Penulisan Hezzy Azra tak payah la I nak ulas. Dari novel pertama, penulis memang dah menunjukkan style penulisan yang sangat cemerlang dimata I. Penggunaan Bahasa Inggeris yang cemerlang, dan terletak elok je bila needed; not overly used. However, I rasa ne first time I rasa macam nak sakit jiwa melayan character yang dilahirkan. Perasan tak, I kept on typing “Leftenan Jeneral Hambali” sepanjang review I? Sebab I rasa gelaran tu memang sesuai sangat dengan watak seorang Hambali tu. Tegas tak bertempat most of the time.

WOW. Rasanya panjang sangat review I kali ne. Haha. So I’m gonna end this now. Overall, I suka sangat-sangat dengan story ne… and I strongly recommend it!

Sinopsis:

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews