Saturday, July 31, 2021

Miss Pen Pal by akuorgbiasa

Miss Pen PalMiss Pen Pal by akuorgbiasa
My rating: 5 of 5 stars

Fair warning : My review may contain SPOILERS so if you don't want to be spoiled, please take time to BUY and read the novel and come back if you want to read my thoughts on it. Also, things might get TOO PERSONAL when I’m excided.

Novel Miss Pen Pel (MPP) merupakan novel cetak pertama, hasil nukilan penulis akuorgbiasa. Nak dijadikan cerita, I have been following her work dekat wattpad since she was stuck with the storyline of the original version of MPP. I rasa masa tu tengah-tengah plot dia dah menjadi dark. Masa tu, I dah baca her other finished stories... I think masa tu dah siap 7 other stories kot, and I was doing a marathon with all her works. Dalam masa dia nak finish MPP tu, sempat pause and tulis new story and end up siapkan her other story tu dulu. Haha.

Anyways, memang agak lama juga I skip baca MPP sebab unfinished kan masa tu, but disebabkan stories dia semua awesome, I kalah juga la... Unfinished pun, I baca juga... And I'm glad I did that. I was able to join her other readers commenting dengan berbagai jenis perasaan, especially masa tu we don't know what would happen. Kena tunggu penulis kita ne update.

With that said, I must say, while semua stories dia memang superb, but MPP is exceptional. Versi wattpad tu dah brilliant, apa lagi la versi cetak yang dah diolah semula dan disunting kan? MPP was divided into two parts, so MPP is the first part la… Sebab I ingat memang MPP tu mencecah 100+ bab. Kalau tak divide, agaknya banyak deleted scenes… I would ended up disappointed.

Before I go on, I just nak mentioned the fact that this might be the first physical book I read selepas I kahwin and the one I actually finished. I’ve read few others, tapi tak habis baca. This novel was the second book published by Jemari Gemok Publication. I really love the book size and the material used sebab very comfy for reading. Though, I kena duduk selesa untuk membaca sebab size dia yang agak besar tu. First Malay novel yang I beli yang physical dia macam ne la. I have few English novel yang macam ne, tu pun beli dengan harga lebih mahal.

On with the review... Sorry, I rambled...

Miss Pen Pal menceritakan kisah hidup seorang perempuan kampung yang bernama Teja Amani. Teja ne seorang yang polos, clumsy and very sweet la. Story start when she was in the midst of her SPM exam, so she was young masa tu. Satu kejadian "berdarah" telah menyebabkan dia decided to quit her social media and went back with the classic way of making friends.

Teja ada bestfriend lelaki named Tariq, which he himself shorten it to Thor sebab dia rasa dia ne handsome macam Chris Hemsworth. Hahaha. Poyo! But it worked juga la... Being a son of guru silat, dia ne memang pandai bersilat. So agak Thor la juga. Thor versi Melayu. Hahaha. Anyways, sebab dia la Teja "ter-berkenalan" dengan seorang lelaki Cina bernama Ed.

Meanwhile, Edison Ng (Ed) was born in a family of doctors. His parents ne memang dah aim anak-anak diorang untuk menjadi doktor macam diorang but unlike his siblings, Ed is a bit of a rebel. However, lepas berkawan dengan Teja melalui surat, he became more tolerant of his fate.

Through letters, Ed and Teja develop feelings for one another which led them to set up a meeting.
Malang tak berbau, kejadian gelap yang menimpa keluarga Ng telah membuatkan Ed memungkiri janjinya kepada kekasih penanya dan kejadian itu telah menjadi turning point buat Ed. Dengan penuh rasa dendam dan amarah, dia tekad untuk membalas dendam.

Lalu berakhirlah kisah cinta Romeo dan Juliet. One thing led to another, Ed met a girl named Laurene and he eventually fall for her. Dalam masa yang sama, Teja pun developing new feelings kat kawan baik dia. Dan bermulalah kisah cinta yang bersegi-segi.

For those yang pernah baca review I, I always mentioned the fact that I HATE cinta tiga segi, apa lagi yang terlebih dari tiga segi yang terpusing-pusing. Haha. Kalau boleh, satu couple tu je dari awal sampai akhir... I guess over the time, bila meningkat dewasa ne, I'm open to read things I initially hate. Tapi, MPP tak lah cinta bersegi-segi sangat pun sebab our main couple tak declare pun. Haha.

Perjumpaan semula di antara Teja dan Ed, I found it really cute. Sebab character Teja yang agak kelam kabut and clumsy tu, dia sampai tak terfikir pun nak cari jalan untuk dapatkan beg dia. I found her character masa tu very funny. Teja’s prayer tu yang buat Ed tergerak hati nak tolong dia. That was quite clever of author of highlighting the importance of dua. Ed’s sudden change of character bila Teja was around, I found very sad. Like the old Ed is back masa tu. While I found Ed as Sky or Apek tu quite macho, I do like Ed yang easygoing when he was with Teja; tak tense sangat.

So basically, MPP’s main focus was on the development of Ed and Teja’s character dari zaman persekolahan sehingga meningkat dewasa. Dari "bercinta" melalui telefon, then found new love, circle of friends pun berubah-ubah. So, bukan all the time Ed and Teja.

Olahan daripada penulis made me love all the characters. I tak fokus on just the two main characters. I end up liking and accepting each character yang ada, especially watak Thor dan Laurene. Bila the main characters split, and found other love, I did still enjoy the relationship. The interactions between the characters I rasa semua ngam and spot on. I tak rasa nak masuk team Ed-Teja atau Thor-Teja. The relationship in this novel just click.

In MPP, you will not read story yang typically ada dekat most love novels or dramas, sebab for me, all watak, kejadian, the author's interpretation on how fate works in favour of the believers, the interaction are all real. It's not story about money or pangkat. It's a story about real people. Simply just a story of how the main characters grow dan bagaimana kehidupan seseorang itu terlakar dengan pegangan mereka. Like when Ed decided to balas dendam, how that decision led him to where he is. Macam mana bila seseorang tu membiarkan dendam bermaharajalela di hatinya sehingga membuat keputusan yang membawa dia ke dunia gelap. Penceritaan tentang perjalanan Ed, memberikan kita banyak pengajaran.

The gangster part tu, I tak berapa nak enjoy sangat la. It’s not the part yang I would re-read sebab I’m so not into dark stuff. However, I do like the fact that author’s creation of the CPR scene with Ed dan Jason tu sebenarnya berkait dengan kemasukkan Ed ke dalam dunia kongsi gelap. Sebab dia dah selamatkan kesayangan ketua kumpulan Phoenix, Ed was able to avenge his brother, but dalam masa yang sama, his revenge brought penyesalan kepada dirinya. Hanya kerana nak balas dendam, dia kehilangan orang-orang yang tersayang. The connecting plot tu telah dirancang dengan cantiknya.

I love the fact that author membawa watak utama yang non-Muslim, so her focus tu more to show Ed yang masih “mencari” kebenaran. Perkenalan dengan Teja has taught him about Islam dan dalam masa yang sama, Teja sendiri sedar yang sebenarnya dia pun lacking in the Islamic knowledge sebab memang dah lahir as Islam. Sometimes, we who were born Muslim, take our religion for granted. Sometimes, Mualaf lebih banyak pengetahuan daripada yang memang dilahirkan Islam. I suka bila Teja memperkenalkan Islam kepada Ed sebab it’s an eyeopener juga untuk I yang masih struggling to be a better Muslimah.

While I love Ed and Teja’s character, I lebih suka dengan watak Thor dengan Laurene. Thor tu, dalam poyo dia, he’s actually quite insightful. Laurene tu watak dia nampak very strong sebab her tragic past tu, tetapi I do love her positivity. I guess, mungkin sebab story ne fokus pada Teja and Ed’s character development, jadi other characters, especially their partners nampak kurang tense tu. Though, watak abam Thor tu memang jenis yang I suka. Hehehe.

Terdapat ramai watak dalam satu novel ne. I guess, sebab I dah follow author’s other stories, jadi semua watak-watak tu dekat je dalam hati I. Watak-watak sampingan dekat kampung Teja tu, memang sama seperti yang ada dalam e-book “Aku Ada” yang I baca dekat eSentral, sebab dalam story tu watak utama dia si Jebat, adik kepada Teja. I do love it when authors tulis cerita yang berkait-kait. I love nilai kekeluargaan yang ada dalam novel ne. I love the interactions between Teja dengan family dia and family Thor, and vice versa.

Oleh sebab I baru ada masa nak baca dan review novel MPP selepas sambungannya dah pun published, I guess I akan sambung review for the second novel soon.

All in all, I do enjoy reading this novel. Ada banyak scene yang ditambah baik, compared to the wattpad version. Ending dia pun tak nampak bergantung. The author somehow concluded the hubungan di antara dua pen pal ne dengan baiknya. Segala persoalan yang Teja ada sudah terjawab dan keputusan Teja pun bukan hasil daripada mengikut perasaan dia semata-mata. I love Teja's decision in the end sebab nampak dia menggunakan akal fikiran, bukan mengikut rasa remaja dia yang masih berbaki dalam dirinya. Their closure was just nice for them to start over.

Rate 1000/1000. Haha. Over kan!

Synopsis:

Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? – Teja Amani

Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas.

Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen.  – Romeo

Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? – Juliet

Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo.Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya.

Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. – Sky of Phoenix

Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati.

Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? – Thor

Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya.

Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua… – Edison Ng

Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan.

Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu – Ahmad Tariq

Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?


View all my reviews

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews