Love You Mr. Arrogant by Aliesha Kirana
My rating: 5 of 5 stars
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog
HERE
. I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also...
spoiler alert!
Just done with this novel... and I'm very happy with it. Setelah struggling nak habiskan novel yang sebelum ne I baca (which still belum habis I baca), I decided to read this novel, yang sememangnya dah lama I letak on my bed headboard, sebab I heard the drama is currently on di TV.
I rasa macam pernah came across this kind of writing style. Kata-kata seru di luar dialog, memasukkan "hehe" di dalam dialog... I rasa I pernah komen sebelum ne. Then I realised that the author ne is the same one yang menulis cerita "Cinta Bersaiz XXL". No wonder la... However, this novel is Aliesha Kirana's first, so I baca dah terbalik.
I tak beberapa suka dengan title buku. Maybe I ne anti sikit when novel Melayu bertitle Inggeris. Really is a turn off for me. Despite that, I think penulis telah melahirkan sebuah novel yang boleh dibanggakan.
Accident di antara Zafriel Irham dan Zaara Amirah telah menemukan hero dan heroine cerita ini. Satu pertemuan yang agak klise, tetapi berkesan. Punca pertemuan, is not a big deal for me, really... Pengolahannya yang I care about. The part where Zaara gadai handphone pink dia tu... very funny! I can just imagine a macho guy pegang that handphone.
Zafriel Irham, seorang lelaki yang berhati kering, tapi bila berhadapan dengan keluarga dia, namely parents dan sepupunya, dia menjadi seorang yang baik tingkah laku. I see a very contrasting perwatakan here, but again, it works. Characteristic lelaki macam ne typically sering ada pada hero drama Korea -- tak sayang mulut, blunt, sayang tapi tak nak mengaku, handsome and kaya. I think I baru pernah come across watak lelaki yang vocal macam ne. Tapi I very much like his character. Walaupun arrogant, dia jenis tak melenting bila disuruh solat (walaupun pada mulanya liat nak solat Subuh) and dia ne tak pernah cakap kasar dengan parents dia. His mother pushed dia dengan perempuan yang dia meluat pun, still dia tak kasar with his mother. That's... something. I rasa his dialogues are the best that I've come across. The dialogues seemed harsh, tetapi disampaikan bukan dengan kekasaran... it's being delivered in an arrogant kinda way. Patut la kena panggil "Mr. Arrogant". Some of my favourite dialoges:
"Aku tak tanya pun"
"Apa yang aku rasa, kau tak perlu tahu. None of your business."
"Petang ne balik awal. Jangan mengada-ada balik lambat. Lambat seminit, aku tinggal"
"Nak suka aku ke, nak cinta aku ke, ikut suka kau la. Aku tak peduli"
LOL
Zaara Amirah ne mempunyai perwatakan yang very contrast from the hero and yet, ada juga persamaan. Zaara ne seorang yang tenang dan tidak mudah melenting. I think one time je dia melenting (semasa Irham send message yang tak sepatutnya kat mak Zaara). Other than that, Zaara ne is the kind of girl yang berfikiran matang. Pada dasarnya, perkahwinan ne terjadi sebab janji. Kerana terpaksa, Zaara menjadi wife si Irham. Walaupun terpaksa, Zaara menerima statusnya dengan tenang and she acknowledged it. Like Irham, Zaara seorang anak yang baik, and sentiasa mendahulukan parents. Walaupun kena treat dengan buruk oleh mother in law dia, she still treated her with best she could. I love that about her.
Hadry Hakimi, sepupu Irham dan juga merupakan sahabat baiknya, has feelings for Zaara. I love his character. Typically, seorang perempuan boleh menjadikan dua sahabat bermusuhan, but not in this case. Perasaan Hadry for Zaara is real, tetapi he knows siapa perempuan yang dia suka tu... and I suka that he's not the type yang insistent. He also knows that Irham and Zaara kahwin bukan atas dasar cinta, but that doesn't stop him from respecting the marriage. He even tried to make things better bila something bad happen between Irham and Zaara. Serious I like his character. I'm glad dia bertemu jodoh dengan bestfriend Zaara. Rasa nak pula read story of them. Hehe
Jalan cerita is very streotype, tetapi I like how penulis mengolahkan every plot. I think watak-watak dan dialog-dialog dalam cerita ne yang membuatkan novel ini berkesan.
I mentioned about my problem with the writing style before... ne nak tambah sikit. Ada masanya, penulis menyatukan dialog satu watak dan narrate perbuatan watak yang lain dalam satu perenggan. I rasa puzzled sometimes. I was like "eh, siapa yang cakap ne? Kejap si Tiz, kejap si Zaara".
All in all, a very simple story and yet, sangat menarik. Very much recommended!
Sinopsis cerita:
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment