Friday, January 2, 2015

Pilihan Mama by Umie Nadzimah

Pilihan MamaPilihan Mama by Umie Nadzimah
My rating: 5 of 5 stars

Pilihan Mama merupakan one of novels keluaran penerbitan Kaki Novel ynag terawal I beli. I memang dah baca a long time ago, tetapi ada rasa nak baca lagi and review (semasa I baca the first time, I belum lagi amalkan amalan review ne).

Pilihan Mama menceritakan kisah seorang anak mama yang sangat sayang his mama; segala hajat mama dia senang saja dia penuhi... except for one. He found it hard to find menantu buat mama dia.

Sebagai seorang ibu yang understanding, Puan Mardhiah tried to avoid daripada menjodohkan anaknya. She gave him time untuk mencarikan dia menantu... but that didn't stop her from lecturing him. I found it funny setiap kali si ibu mula "berceramah" bila menuntut permintaan dia nak bermenantu.

Setelah mendengar cerita kurang baik about her son, si ibu mula mendesak Aiman untuk menerima pilihan dia. Akhirnya si anak pun bersetuju, setelah diberi masa... Then, semasa bergelar tunang, datang pula seorang wanita yang somehow dapat perhatian di lelaki yang kuat memilih ne. Dia seakan-akan lupa bahawa dia ne dah ada tunang... pilihan mama tersayang pula...

A very sweet story. I suka dengan gaya penulisan penulis. Susunan ayat teratur, dan I rasa tenang sepanjang pembacaan. Penulis menggunakan first person point of view, and bagi I, so far, the way Umie Nadzimah conveyed watak's thoughts into words was perfect. I rasa seperti benar-benar masuk dalam kepala seorang lelaki. Though, semua pun dari pandangan perempuan, so I'm not sure if it's how a guy thinks. Since watak utama merupakan seorang "anak mama", I guess memang lelaki jenis ne mempunyai hati yang lembut and sensitif. I love the fact penulis avoid from using crude words, yang somehow always happen in first person POV. She only used it semasa Aiman berdialog with his childhood friend, Fazli.

Flow cerita yang sangat smooth... terlalu banyak kebetulan, terlalu ramai watak yang berkait... but somehow it works for me.

A nice re-read.

Sinopsis:

Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!

Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.

Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews