Sah, Aku Cinta Kamu! by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars
“Sah, Aku Cinta Kamu” (SACK) is the sixth novel by one of my favourite novelists, Hezzy Azra (HA). Sebenarnya dah habis baca novel in in a day and a half… even sempat baca for second time… tapi baru berkesempatan nak review. My obsession over The Wedding Breaker took most of my free time. :P
Anyways, back to the subject… For an avid fan of her novels, memang I sentiasa anticipate her newborn baby. I love the fact that HA sentiasa menghidupkan watak-watak di dalam dunia yang telah direka. Ever since “Melodi Kasih”, I rasa sangat connected dengan watak-watak rekaan HA sampai I “kenal” sangat dengan watak-watak yang pernah ada dalam her past novels. When you read her novel, you rasa berdebar nak tengok siapa yang akan buat special appearance. I said the same thing before… Sounds like a broken record.
With that said, however, this time, kaitan tu memang berkait rapat la sebab peneraju utama dalam SACK merupakan salah seorang “heroes” dalam novel HA yang ketiga. Hero yang “kalah” dengan hero “sebenar”…
SACK menceritakan kesinambungan kisah Raif Imran yang memainkan peranan penting di dalam novel “Aku Pilih dia” (APD), tapi I tak consider this novel a sequel. Not really… I anggap novel ini seperti novel-novel HA yang previous; each novels HA are separated and yet they’re connected. You’ll get what I mean if you read all of her novels.
Raif Imran kena portray sebagai seorang yang suka berdampingan dengan perempuan… He is not a playboy though, tetapi seorang lelaki yang terlalu “hormat” pada perempuan, and likes to make them feel special. At least, that’s how I see him. Budi bicara dia semanis gula bila bersama kaum hawa sampai ada yang “perasan” dengan layanan istimewa dia. Di antara semua kawan perempuan dia ne, Irdina Jasmin (Idin), was the only girl yang dia bawa balik jumpa parents dia without reasons, i.e. majlis or the day being hari raya.
Idin merupakan satu-satunya anak kepada Yasmin, seorang janda yang diceraikan oleh suaminya sejak Idin masih kecil. Sejak dulu lagi, kedua anak beranak ini were very close and acted very much seperti sahabat. I sangat suka dengan hubungan ini kerana jarang sekali novel memaparkan keakraban seorang ibu dengan anak perempuan. Ada, tapi I jarang nampak. The fact that Yasmin was a single mother, made it real sebab I know some girlfriends yang membesar with only a mother to support them and they are very, very close with the mother. Idin bekerja in a car company dalam bahagian Human Resource, I think (dah lupa), and at the same time, dia ada menjalankan business online. I feel very close to her character sebab I’m also an online seller.
Pertemuan demi pertemuan di hospital telah menyebabkan hubungan terjalin di antara Idin dan Raif… tetapi status hubungan itu masih kurang jelas. Bagi Raif Imran, dia selesa dengan Idin; di antara semua perempuan yang didampinginya, Idin merupakan yang paling istimewa… Bagi Idin pula, dia merasakan there’s something between them tapi dia tak berani nak buat assumption, lebih-lebih lagi when she observed the fact Raif masih berhubung dengan perempuan-perempuan lain yang he tended to call “dear”. Unlike perempuan-perempuan perasan tu, Idin berpijak di bumi yang nyata… and dia ne masih ada rasa self-conscious.
Satu tragedi telah menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan; tragedi yang meninggalkan bekas di bahagian belakang Idin. Perkahwinan ini pula direncanakan berlangsung shortly after Raif dilanda masalah kewangan. However, dengan desakan daripada parents dia, dan nasihat daripada abang dan kakak ipar kesayangan, Raif decided to consent. I love how much Raif tended to lean on Ian’s advice on everything.
“Raif, saya bertemu jodoh dengan Ian melalui awak. Mungkin jodoh awak dengan Idin melalui Ian. Perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik. Berlapang dada dengan ketentuan Ilahi. A piece of advice from your sis in law” – Loved this part and I’m quite in agreement!
I love the fact that this marriage is an arranged marriage, and I like the fact that both parties didn’t feel obligated to go on with it. Plus, hati dia pun mula menerima kenyataan that he actually do have feelings for the girl. In the lady’s part, dia memang dah ada feeling, tetapi menanti kenyataan daripada si lelaki.
I suka dengan perjalanan mereka sebelum berkahwin. The preparation, and Raif’s stand of not being in the same room alone with her before the marriage. Setelah melangsungkan perkahwinan, these couple hidup dengan bahagia, no drama and tak ada unsur terpaksa, eventhough the marriage initially diatur oleh keluarga. I love the fact that bahagian belakang Idin became Raif’s most favorite spot to kiss. Made me melt everytime he did that! I also love the fact that they kekalkan their endearments for one another… also, I found it interesting that they bahaskan diri “saya” when they’re not happy. Really love this couple!
Setelah kehilangan ibu tersayang, Idin started to abaikan suami dan anaknya. I have mixed feelings about her condition. In one hand, I understand how she feels… on the other, I hate that she let her grief got out of control. However, I love that this made her start berhijab. One thing led to another, kesetiaan suami dipersoalkan…
I thought the watak antagonis ne would be Mayza… color me surprise to find her redha dengan jodoh Raif. What a sensible kind of lady… Semasa “Yang” Raif, Melissa, decided to letak jawatan, I have a haunch that the new secretary would be the problem and apparently, I was right! Really hate the character… however, I love how Raif dealt with her in the end.
Gaya penulisan HA never cease to amaze me. The last time I read her novel, I found myself think exactly the same as I’m thinking right now. Gaya penulisan yang sangat professional. The only time penulis menggunakan bahasa yang “santai” (but, tak really santai pun) adalah semasa beliau menulis dialog. Terdapat banyak perkataan yang jarang ada semasa membaca novel lain… Currently, I bought and read novel-novel dari penulis baru. Sangat jauh gaya penulisan mereka, if compared to penulis “veteran” ini. In terms of idea, maybe penulis-penulis baru yang lebih creative, but in term of writing, belum ada yang setanding dengan penulis lama. This is, however, just my personal opinion.
Penggunaan bahasa Inggeris yang “almost” perfect. Selalunya I said perfect sebab I didn’t see anything wrong… tapi this time, I terdetect some grammatical errors. Tak banyak and not really “nampak”, but still ada la… I salahkan editor! haha... Anyways, I always thought that HA knows when to add English in her writing. She doesn't have the urge to letak kesemua dialog in English.
Dari segi plot and watak, like always, based on reality. Pertemuan dalam elevator ne I’m not sure if it’s cliché, but it worked. Then somewhat ada a bit of “kahwin paksa”, with different take on the subject… Climax of the novel would be the way couple ne handled their troubled marriage. I love the fact that Raif knew his wife that well! A very interesting and amazing ride indeed.
As always, I love the fact that HA did her homework about the issues and the professions yang she created for her characters. Ada pengisian dalam aturcara kerja, perjalanan projek, pembelian barang-barang untuk perniagaan online, also dijelaskan dengan lebih lanjut about the investment thingy, etc... If you see her "I nak projek ini menjadi", it will not stop there. I guess HA did kajian about everything. :)
In this novel, couples from the first novel, Ahmad Fariq and Zahara Inas made their special appearances as two of the investors involved dalam investment Raif… and mereka turut terjebak dalam masalah yang dihadapinya. Then, we get to see Emir Hadhri and Raina from “Semerah Red Velvet” bersama-sama dengan baby mereka! Also, the obvious, we get to see Ian Redza and Johana yang melalui saat-saat happy with their own baby… I love “living” in HA’s world!
All in all, a very amazing piece of work by Hezzy Azra. I hope to see more. A very much recommend read!
Sinopsis:
HANYA dengan senyuman nakal milik Raif Imran, sekeping hati Irdina sudah tertawan. Mereka berkenalan dan akhirnya menjadi teman. Namun terdetik di hati Irdina, siapa dia jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di mata pemuda itu? Jadi teman wanita pun masih 50-50. Jauh sekali kalau hendak diikat sebagai tunang.
Irdina Jasmin - “Hari ni dia jemput aku. Entah esok lusa dia jemput siapa pula. Pada aku, ditinggalkan keretanya. Tapi siapa pula gadis yang dipanggil ‘dear’ itu?”
Pada Raif, Irdina teman paling istimewa. Tapi dia perlukan sedikit masa. Ada banyak perancangan di benaknya sebelum menyunting si dia sebagai suri hidupnya.
Raif Imran – “Yang saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak… dan awak jadi isteri saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.”
Satu tragedi telah mendekatkan dua hati ini. Akhirnya mereka bergelar suami isteri. Rumah tangga yang indah dilalui dengan kasih sayang. Namun tiba-tiba, sesuatu membadai hubungan mereka. Kesetiaan dan cinta Raif dipersoalkan satu per satu.
Raif buntu. Bagaimana dia mahu meraih semula kepercayaan si isteri? Irdina pula semakin membeku. Benarkah suaminya bermain kayu tiga? Antara mereka terpaksa memendam rindu kerana fitnah dan salah sangka.
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment