Wednesday, December 17, 2014

Akadku yang Terakhir by Acik Lana

Akadku Yang TerakhirAkadku Yang Terakhir by Acik Lana
My rating: 4 of 5 stars

Akadku Yang Terakhir... novel ke-enam daripada one of my favourite authors, Acik Lana. I rate this novel with less stars than Acik's previous novel. It's not that I didn't like the writing... tapi I tak suka novel about duda. I gave 5 stars for "Pelangi Cinta Buat Suami", probably sebab the wife dah passed away. I don't know... but I definitely found it hard to finish this naskah.

AYT menceritakan kisah cinta seorang pakar psikoterapi, Rania Baheera dan Irham Zahri, seorang duda yang telah berkahwin (dan bercerai) sebanyak tiga kali. I guess the kahwin-cerai part was the reason why I feel turn off in the beginning. It took me about a month to continue reading this novel after I found it to be depressing.

I guess the part that I started to really enjoy reading ialah part selepas Rania dan Irham kahwin, though... I found it somewhat weird that Rania tiba-tiba saja boleh accept Irham.

I really like Rania's character. Her watak bukan seperti typical female character. I love that she can be rational about Irham's behavior and I love kesetiaan Rania towards her husband. Her reactions and actions tend to surprise me!

I suka dengan jalan cerita dalam novel ne. Ada some part tu I rasa meleret, but the story cepat back on track.

I found the conclusion for the antagonist tu quite amusing. Senang saja rupanya nak buat dia lari dari hidup Irham.

Really hard to write review on this novel sebab I just don't like the male character for his past story. I do like the transition and development of the character.

Despite my negative thoughts, I applaud Acik Lana for her brilliant effort in creating stories. Each novel memang nampak different. Different dari segi cerita... Characters pun dah berbagai-bagai... Though, satu persamaan yang I nampak is the fact that the male characters tend to act the same after they realised that they love their girl. All those different characters menjadi lelaki yang romantik, attentive and sweet.

With that said, I actually nak bagi 3.5 stars, tapi takde point here, so bagi 4 la. Huhu


Sinopsis:

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews