Bila Hati Kata Sayang by Marissa
My rating: 1 of 5 stars
Bila Hati Kata Sayang -- buah tangan Marissa yang pertama. Since I read Teduhan Kasih terlebih dahulu, I dah expect something yang I tak suka in the first novel... and I was right.
Novel ini mengisahkan cerita cinta di antara Atiqah dan Syed Adriz. Di awal cerita, Atiqah dipaksa untuk menerima pinangan orang and dia pun setuju. Selepas tu dia kenal dengan seorang Encik yang seemed to like her.
Sebenarnya plot cerita ini adalah sangat menarik, tetapi cara penulisannya yang membuatkan I annoyed sangat... and the chracters did not make it any better.
There are so many perkataan yang I tak suka ada semasa I membaca, unless ianya ada di dalam dialog. Contohnya perkataan "bodoh" tu. There are so many repetitions dan gaya penulisan Marissa dalam novel ini adalah terlalu sempoi.
Di awal cerita, penulis nampak trying hard untuk membuatkan pembaca tertanya-tanya, tapi I dari awal sudah tau yang tunang dan Encik tu adalah orang yang sama. Sebelum ada "clue" yang diberikan tu pun I dapat predict. Siapa ibu si Aitqah pun dari awal I dah dapat predict... and the reveal tu very sudden, in my way of thinking. I guess one word yang can describe this novel is "Predictable".
Characters di dalam novel ne... I say they are very unreal. The guy tu seorang yang romantik, straightforward, laser, kasar, jahat and at the same time, baik. I tak tau la macam mana I feel about him. Nak kata character dia tu inconsistent, tak juga. I tak suka dia kasar dengan family dia. Tangan dia cepat sangat nak act, and yang membuatkan I agak terpana when he suruh isteri dia tampar orang yang berkenaan tu. Dia ingat menampar orang ne macam nak uli tepung ke? Dalam masa yang sama, perwatakan negative Syed Adriz tu selalu mendapat sokongan dari I. I jadi keliru... sebab yang dia buat tu something yang kita nak tengok, tetapi in reality, semua tu adalah sesuatu yang terlalu jahat kalau dilakukan. Selalu, watak akan jadi lebih sabar bila dituduh atau dihina... that's not the case in here.
Atiqah pulak, seorang yang terlalu merendah diri, and sikapnya yang satu tu membuatkan dia nampak, I quote from the character, "bodoh".
Seriously, I don't know what I feel towards all the characters in this novel. Nak kata suka, tak... Nak kata tak suka, tak juga...
The ending was a bit ambiguous to me. It was sudden, and kinda cliffy jugak. Entah la... I confuse la with this cerita.
Semasa bagi ratings for this pun I confuse jugak... kejap bagi 1, kejap bagi 2. Tapi last-last, I guess 1 star is enough sebab I pening sangat dengan novel ne. huhu.
Synopsis:
Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment