Tuesday, April 23, 2013

Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana

Maaf Jika Aku Tak SempurnaMaaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana
My rating: 5 of 5 stars

Maaf Jika Aku Tak Sempurna adalah karya kedua Acik Lana setelah novel sulungnya mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat-peminat novel. I read some reviews stating that the first book is better but for me, I like this novel better la.

Style penulisannya still tak banyak berubah from the first novel, cuma I like the plot in this novel better. Genre "Kahwin Paksa" memang my favorite but in order to get this book into my often read list, kena ada jalan cerita yang menarik.

Kejadian kahwin paksa terjadi twice di dalam MJATS, dan kedua-dua perkahwinan ini menghasilkan dua scenerio yang berbeza. One of the reasons why saya suka dengan novel ini.

Perkahwinan pertama terjadi apabila Melina dan Luqman disatukan disebabkan oleh wasiat Datuk Zakri. Ikatan yang mengubah hidup Melina, seorang perempuan yang baru meningkat dewasa dari seorang yang liar kepada seorang isteri yang bertanggung jawab dan sarat dengan kasih sayang terhadap suaminya. Luqman pula berubah menjadi seorang suami yang romantik dan setia. Terdapat banyak adegan-adegan romantik di dalam novel ne, so sebagai penggemar bab-bab romantik, I'm seriously in love la with MJATS...

Perkahwinan kedua terjadi hasil dari perancangan yang telah dibuat oleh orang yang dengki. I do like the fact that Luqman stays setia pada isterinya yang merajuk membawa diri, tapi at times timbul juga rasa kesian pada si Sarah, isteri kedua yang terpaksa dinikahinya untuk menutup malu selelah mereka ditangkap berdua-duaan di dalam hotel. Perasaan kasihan tu sekejap ja la. Bila terkenangkan perempuan tu gedik kan laki orang, timbul rasa menyampah pulak. Nasib la perkahwinan ne tak lama. huh!

One thing yang buat I annoyed or laughed ialah kesalahan tenses yang digunakan in some English dialogues. Things like "You looks...", "I'm quit...". I yang feeling ne jadi ketawa bila membacanya. Not really a big deal la, but still something that I want to highlight...

Like Aku Bukan Mistress, this novel mengisahkan keinsafan seseorang yang telah lama hanyut di dalam dunia yang gelap ke arah jalan yang lebih terang.

Another novel highly recommended -- for 18 and above la.


Sinopsis:

Di saat itu...

Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."


Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"


Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

--

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


View all my reviews

Aku Bukan Mistress by Acik Lana

Aku Bukan MistressAku Bukan Mistress by Acik Lana
My rating: 5 of 5 stars

Novel pertama hasil tulisan Acik Lana yang I read. I have been trying to read past chapter one for more than 5 times. Setelah mencuba beberapa kali untuk membaca satu/dua bab, akhirnya habis juga satu novel dibaca. Gaya penulisan yang professional dari pandangan mata saya. Ayat-ayatnya tersusun, English dialogue pun not bad.

I think inilah novel pertama (saya baca) yang menceritakan perihal bersekedudukan sebelum berkahwin, dan kedua-dua watak pun macam willing saja; yang seorang tidak peduli hukum dan yang seorang pasrah. Luar dari "penjara", I see that watak perempuan pun bukan jenis yang menjaga aurat; kalau pakai T shirt and seluar 3/4 pun, I won't be surprise sangat, but bila dah dengan selamba saja memakai sleeveless tu memang dah off dari perwatakkan yang biasa di"lihat" yang ada pada watak utama perempuan dalam novel.

Towards 1/4 pages, plot cerita mula menarik minat saya untuk menyambung bacaan. We can see Mya mulai sedar yang dia sudah lama hanyut and then she realised that she could do something about it. Watak Mikail pun sedikit-sedikit berubah menjadi lebih baik dan mula sedar akan kesalahannya menjadikan Mya sebagai "mistressnya".

When you read the synopsis, ia seolah-olah melihatkan kita jalan cerita yang sangat-sangat gelap. Macam cerita crime pun ada juga... tapi in reality, cerita ini very romantic. Gelap cuma di awal part cerita. Setelah melalui jalan dekat-dekat simpang "kahwin", semua rasanya macam hati kita ne ada taman (Quotes from "Oh Haram!").

Malas nak cakap lagi. For sure, this is a highly recommended book by Moi, walaupun terdapat isu yang berat di dalamnya. Serious you... inda menyesal bali.

Sinopsis belakang novel:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


View all my reviews

Suami Yang Kubenci By E-man Sufi

Suami Yang KubenciSuami Yang Kubenci by E-Man Sufi
My rating: 4 of 5 stars

Writing style yang mudah difahami (walaupun pada mulanya annoyed jua sebab macam tak beberapa mature) and plot cerita yang menarik, walaupun sometimes tidak masuk akal. Sometimes, character a bit off tapi that is only a minor problem. Watak Uwais tidak mempunyai character yang biasa kita lihat yang ada pada seorang suami when it comes to genre "kahwin paksa"; instead of being pemarah or kuat melenting, Uwais adalah seorang lelaki yang sempoi and kind of happy-go-lucky... and loyar buruk. Dialogues in this novel can make you laugh. I seriously recommend this book. :)

Sinopsis di belakang buku:

Perkahwinan di antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaylah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya...cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati... satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?


View all my reviews

Hello, Mr. Perfect! by Waniey Zakaria

Hello, Mr Perfect!Hello, Mr Perfect! by Waniey Zakaria
My rating: 1 of 5 stars

Sinopsis cerita yang menarik, tapi bila dah baca, I dapati bahawa plot dan jalan ceritanya belit-belit. Kejap sayang, kejap benci. Characters pun tak consistent; kejap jadi Mr. Perfect, kejap jadi Mr. tak berapa perfect. One of the novels that I am willing to re-sell walaupun agak lama I waited for this novel di pasaran. *sigh* Kan type review panjang-panjang pun ku malas.

Sinopsis Cerita:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?


View all my reviews

Tuesday, April 16, 2013

Cinta Kau Dan Aku by Siti Rosmizah

Sinopsis daripada kulit belakang novel:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah. 

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius. 

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang." 

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Novel kedua karya Siti Rosmizah. Not so bad, and I think this novel lagi bagus daripada novelnya yang sebelumnya, "Andai Itu Takdirnya". Mungkin sebab novel ne lebih lucu, which is my favorite genre right next to romance. Terlampau banyak drama ne membagi menyampah jua, but when diselitkan babak-babak komedi barulah okay. :D

Farish, Farisya... Brilliant names, tapi at times membuatkan readers confuse. Haha. A very cute couple dan mempunyai characteristic yang somewhat contrast, tetapi when they're together sepadan jua.

This novel has also been adapted into a drama. Fizz Fairus memainkan watak utama lelaki, manakala Sara Ali memainkan watak Farisya. Dua-dua cute! Watak antagonis dilakonkan oleh Dynaz Mokhtar. I don't know why, tapi perempuan ne memang sesuai melakonkan watak-watak yang bagi menyampah. :P

This drama adaptation is probably the exact extraction from the novel. Semuanya sama... almost 100% (Probably 98%) of the dialogue ada dalam novel. If you teliti the novel and watch the drama at the same time, confirm na jauh larinya. Ada certain part yang not really penting tu kana ignore saja but it's really mundane. This is probably the best adaptation so far, walaupun most pelakon-pelakon sampingannya berlakon macam ice. haha.

Rating for the novel: 5/5
Rating for drama: 4.5/5

:D

Monday, April 15, 2013

Sehangat Asmara by Aisya Sofea

Novel "Adam dan Hawa" brought my interest back to Malay novels. I re-read ADH semasa drama adaptasinya ane ditayangkan. Not bad la the drama... Then after that, "Sehangat Asmara" (also a drama adaptations from the same writer who wrote "Adam dan Hawa") pula ditayangkan. I don't know why... mostly novel-novel si Aisya Sofea yang kana angkat ke drama or telefilm. Sebelum ne, I think "Gemersik Kalbu" sudah kana dramakan... Next, "Jendela Hati"... and probably "Jauh"... Macam boring tah jua.

Nevertheless, drama Sehangat Asmara ane also not so bad la.

Fenomena drama diadaptasi dari novel-novel popular kini macam menjadi satu trend. Sebelum ane, memang ada drama yang terbit based on novels, tapi they're not so popular, and kind of low budget I think...

Mungkin selepas fenomena Ombak Rindu yang inda berapa "Ombak Rindu" atu, drama and movie adaptions from novel ane semakin menarik minat orang ramai, especially mereka-mereka yang pernah minat membaca novel (like me!). Mungkin jua sebab filem Lagenda Budak Setan yang inda berapa "LGB" atu.



Anyways... Here's the synopsis cerita "Sehangat Asmara"

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya.... 



I read this novel for the first time semasa I was in my form 4 or 5. A friend of mine lent me the novel. Masa tu I'm not really a fan of this novel (and apparently not a fan of Aisya Sofea's novels) sebab I'm not really into a story written in a single point of view. Sekarang, bila dah baca semula, lawa jua ceritanya ane. Haha. I'm not as picky as I used to be when it comes to the writing style, as long as bukan macam tulisan kanak-kanak.

I really like the drama jua. Gandingan Rita Rudaini dan Adi Putra was perfect. Lakonan pelakon-pelakon kadang-kadang ada jua kaku, but still acceptable la. Kambang jua bulu la; in both ways... :P

Rita Rudaini and Adi Putra sebagai Kay dan Zainal

Sudah Tiba Masanya...

Okie-okie... I think sudah tiba masanya I post something about the current (or recent) novel (s) I read. Dalam masa sebulan anie, novel-novel Melayu mula menarik minat aku yang sudah LAMA sangat tenggelam. My recent novels... Wanna see?

Tada!






Ada lagi yang betinggalan di bawah or dalam kereta. :P


Anyways... Next post baruth post pasal buku. Now, mau cerita sal something. Apparently, sekarang aku dah berjaya menarik dua orang kawan baikku ke dalam dunia novel!! Akhirnya!! Dapat jua aku bercerita pasal dunia fantasi ku sama orang lain yang bukan kawan dunia Mayaku...

Untuk menghidupkan kembali blog yang sudah LAMA ditinggalkan... I think I'm just going to give a very short review about the novel (s) I have read, melainkan hati ne membuak-buak kan muntahkan rasa TERUJA atau rasa MENYAMPAH ku. haha.



Peace!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews