Tuesday, April 23, 2013

Aku Bukan Mistress by Acik Lana

Aku Bukan MistressAku Bukan Mistress by Acik Lana
My rating: 5 of 5 stars

Novel pertama hasil tulisan Acik Lana yang I read. I have been trying to read past chapter one for more than 5 times. Setelah mencuba beberapa kali untuk membaca satu/dua bab, akhirnya habis juga satu novel dibaca. Gaya penulisan yang professional dari pandangan mata saya. Ayat-ayatnya tersusun, English dialogue pun not bad.

I think inilah novel pertama (saya baca) yang menceritakan perihal bersekedudukan sebelum berkahwin, dan kedua-dua watak pun macam willing saja; yang seorang tidak peduli hukum dan yang seorang pasrah. Luar dari "penjara", I see that watak perempuan pun bukan jenis yang menjaga aurat; kalau pakai T shirt and seluar 3/4 pun, I won't be surprise sangat, but bila dah dengan selamba saja memakai sleeveless tu memang dah off dari perwatakkan yang biasa di"lihat" yang ada pada watak utama perempuan dalam novel.

Towards 1/4 pages, plot cerita mula menarik minat saya untuk menyambung bacaan. We can see Mya mulai sedar yang dia sudah lama hanyut and then she realised that she could do something about it. Watak Mikail pun sedikit-sedikit berubah menjadi lebih baik dan mula sedar akan kesalahannya menjadikan Mya sebagai "mistressnya".

When you read the synopsis, ia seolah-olah melihatkan kita jalan cerita yang sangat-sangat gelap. Macam cerita crime pun ada juga... tapi in reality, cerita ini very romantic. Gelap cuma di awal part cerita. Setelah melalui jalan dekat-dekat simpang "kahwin", semua rasanya macam hati kita ne ada taman (Quotes from "Oh Haram!").

Malas nak cakap lagi. For sure, this is a highly recommended book by Moi, walaupun terdapat isu yang berat di dalamnya. Serious you... inda menyesal bali.

Sinopsis belakang novel:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews