Tuesday, April 23, 2013

Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana

Maaf Jika Aku Tak SempurnaMaaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana
My rating: 5 of 5 stars

Maaf Jika Aku Tak Sempurna adalah karya kedua Acik Lana setelah novel sulungnya mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat-peminat novel. I read some reviews stating that the first book is better but for me, I like this novel better la.

Style penulisannya still tak banyak berubah from the first novel, cuma I like the plot in this novel better. Genre "Kahwin Paksa" memang my favorite but in order to get this book into my often read list, kena ada jalan cerita yang menarik.

Kejadian kahwin paksa terjadi twice di dalam MJATS, dan kedua-dua perkahwinan ini menghasilkan dua scenerio yang berbeza. One of the reasons why saya suka dengan novel ini.

Perkahwinan pertama terjadi apabila Melina dan Luqman disatukan disebabkan oleh wasiat Datuk Zakri. Ikatan yang mengubah hidup Melina, seorang perempuan yang baru meningkat dewasa dari seorang yang liar kepada seorang isteri yang bertanggung jawab dan sarat dengan kasih sayang terhadap suaminya. Luqman pula berubah menjadi seorang suami yang romantik dan setia. Terdapat banyak adegan-adegan romantik di dalam novel ne, so sebagai penggemar bab-bab romantik, I'm seriously in love la with MJATS...

Perkahwinan kedua terjadi hasil dari perancangan yang telah dibuat oleh orang yang dengki. I do like the fact that Luqman stays setia pada isterinya yang merajuk membawa diri, tapi at times timbul juga rasa kesian pada si Sarah, isteri kedua yang terpaksa dinikahinya untuk menutup malu selelah mereka ditangkap berdua-duaan di dalam hotel. Perasaan kasihan tu sekejap ja la. Bila terkenangkan perempuan tu gedik kan laki orang, timbul rasa menyampah pulak. Nasib la perkahwinan ne tak lama. huh!

One thing yang buat I annoyed or laughed ialah kesalahan tenses yang digunakan in some English dialogues. Things like "You looks...", "I'm quit...". I yang feeling ne jadi ketawa bila membacanya. Not really a big deal la, but still something that I want to highlight...

Like Aku Bukan Mistress, this novel mengisahkan keinsafan seseorang yang telah lama hanyut di dalam dunia yang gelap ke arah jalan yang lebih terang.

Another novel highly recommended -- for 18 and above la.


Sinopsis:

Di saat itu...

Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."


Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"


Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

--

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews