Saturday, June 1, 2013

Kenangan Terindah by Hezzy Azra

Kenangan TerindahKenangan Terindah by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Kenangan Terindah merupakan novel kedua hasil tulisan Hezzy Azra, and apparently, ini merupakan her first attempt in story writing tapi according to her, pihak Alaf somehow menerbitkan Melodi Kasih terlebih dahulu. Setelah mengetahui fakta tu, I took some times membaca novel ini sekali lagi (tapi memang niat I nak re-read semua novel-novel kesayangan I). To be honest, I don't rasa this novel was written by an amateur.

Oh oh... Sebelum terlupa, I just realised that this novel is the only novel yang ditandatangan oleh penulis untuk I (I got a signed novel from Suri Ryana, tapi tu untuk Choice Book). I remember meeting Kak Hezzy semasa pesta buku di Brunei and masa tu, I belum biasa berbual secara "maya" with Kak Hezzy so I acted malu-malu kucing. Huhu.

Seperti biasa, when you read Kak Hezzy's novel, you will see something unusual; penceritaannya bukanlah sesuatu yang stereotype and also far from cliche. Out of all her novels (tidak termasuk Cinta Tak Beralih... sebab I lupa how jalan ceritanya. Yalah, dah bertahun-tahun tak baca), I think this is the only novel yang mengikat dua rakan karib. Selalunya, heroine Kak Hezzy rasa berdebar bila berdepan dengan "bakal" kekasih hati.

Di dalam Kenangan Terindah, Kak Hezzy menemukan Marisa dengan Akmal sebagai jiran dan mereka juga merupakan rakan sekolej... memang diaorang ne takde feeling towards one another, but somehow, they are very comfortable around one another and kedua-duanya ada rasa hormat sesama mereka. Dari awal lagi I ada terasa aura yang istimewa between these two walaupun mereka hanya sekadar kawan.

The story started with Marisa having a very serious relationship with Ridzwan. Ridzwan melamar Marisa sebelum dia melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. He thought it's best to be married to Marisa before he headed to UK and honestly, this made me annoyed with Ridzwan. Kalau dia ajak bertunang, I don't see it as pelik... tapi bila ajak kahwin when he knows that he will be leaving his wife-to-be untuk menyambung pengajian di Malaysia, I say he's not in his right mind. Semasa di UK, Ridzwan masih berjauh hati sebab Marisa menolak lamarannya which made him jarang mahu berhubung dengan Marisa. Then di UK, dia bertemu dengan Regina. Layanan Regina terhadapnya membuatkan hatinya berbelah bahagi. I rasa, kalau Marisa terima lamarannya, hati si Ridzwan pun still akan tewas dengan Regina. Kalau cintanya pada Marisa was real, tak ada sebab kenapa dia mesti melayan si Regina!

Di Malaysia pulak, Marisa still setia menanti Ridzwan. Walaupun emailnya jarang dibalas, she still made an attempt to pujuk hatinya yang mula berasa sangsi. Until one day, Ridzwan menghubunginya untuk memaklumkan perkahwinannya dengan seorang gadis dari Sabah.

Akmal muncul semula setelah menamatkan pengajiannya di UK. Akmal merupakan sahabat Ridzwan dan Marisa; dia yang sering menjadi orang tengah di antara mereka... tetapi semasa di UK, Akmal menjauhkan dirinya daripada Ridzwan kerana dia kecewa dengan perubahan kawan baiknya, terutama apabila dia sering membenarkan Regina masuk kedalam kediaman mereka. Akmal juga concerned about Marisa apabila Ridzwan jarang menghubungi kekasihnya itu. Hubungan mereka terputus sebelum Ridzwan mengahwini Regina lagi.

Akmal dan Marisa bertemu semula di hadapan restoran Burger King. Pertemuan yang I rasa memulakan cerita cinta di antara dua insan ini walaupun pada hakikatnya, belum datang that feelings di dalam diri mereka. Tidak lama selepas itu, Marisa kehilangan ayah tercinta... dan Akmal memainkan peranan penting di dalam hidup Marisa. Akmal dan keluarganya yang banyak membantu menguruskan kematian Haji Mukhriz, dan selepas itu, Akmal sering ada disisi Marisa apabila dia memerlukan seseorang... lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan perniagaan peninggalan arwah ayahnya.

I love the characters di dalam novel ini. Kesemuanya mempunyai perwatakan yang berlainan and yet, they are very compatible with one another. Friendship between Marisa, Ridzwan and Akmal was very real. The relationships are also very well-written and well-developed.

I suka dengan kemesraan yang terjalin di antara watak-watak utama, namely Marisa, Akmal dan Ridzwan dengan keluarga masing-masing and also di antara tiga keluarga ne ada connections yang istimewa. Haji Mukhriz dan Hajah Soraya meningatkan I kepada my own parents; they took serious care about their daughters' whereabouts, especially dalam pelajaran... and at the same time, mereka menerima Ridzwan sebagai teman istimewa Marisa.

Interactions Marisa dengan Akmal sering membuahkan perasan yang indah di antara mereka. I like the development of their friendship to a relationship. Akmal ne jenis yang terlalu berhati-hati dalam mencari cinta. Baginya bercinta biar untuk selama-lamanya. Dalam kebahagiaan, datang beberapa dugaan, tetapi akhirnya mereka berjaya mengharunginya bersama. I suka sangat cara Akmal melamar Marisa. Very romantik!!!

When it comes to the character, I paling suka development character Regina. Kisah lama Regina menjadikan dia kurang faham dengan hubungan rapat Ridzwan dengan mummy dan pertemuan pertama mereka didn't make her understand better. At first, I tension dengan watak Regina ne. Mengada-ngada! Tapi half way, I'm warming up to her. Selepas berkahwin dengan Ridzwan, I can see that she really loves her husband. Kelahiran anak mereka, Rayyan, menimbulkan perasaan senak di hati Regina kerana masa-masanya terasa very limited. In the end, she was given the time she needed and apparently, that doesn't make her any happier. The ending tu very brief la... :( I love this part:

"Catch the earliest flight to Penang as soon as you can! Because Rayyan needs his mummy and I need my wife... badly!"

I couldn't get enough of Regina and Ridzwan.

I very much love the flow of this story. Kak Hezzy selalu take so much time untuk develop relationship between her two main characters; selalu dalam novel Melayu, penulis prefer to develop the relationship selepas kahwin. That is not the case here, you see something yang actually happening in our surroundings. Setiap babak dalam penceritaan Kak Hezzy have their own importance, even the small one seperti perjumpaan Marisa dengan Idrin (spelling?). Walaupun very brief, it brought Ridzwan's thought back to Marisa.

Penggunaan bahasa Inggeris yang superb... though, ada masanya I think some words ada yang I rasa jarang digunakan dalam pertuturan, especially dari orang Melayu.

My review is getting very much like a summary sebab when I read a novel by Kak Hezzy, I tend to repeat stuff, especially when it comes to her writing style and language. But all in all, this novel is one of my favorite and I very much recommend this to all!

P/S: I'm hoping to see Hezzy Azra's novel kena adapt into drama. This calls for a very sophisticated settings and characters.


Sinopsis:

SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.

Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.

Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap. Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews