Saturday, June 8, 2013

Cinta Tak Beralih by Hezzy Azra

Cinta Tak BeralihCinta Tak Beralih by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Cinta Tak Beralih, novel kak Hezzy Azra yang ketiga. Baby kak Hezzy yang I rasa banyak ragam and very unusual. Novel sebelumnya pun unusual jugak tapi yang ne I rasa tahap nauzubillah la. So many conflicts and characters yang, again, lain daripada yang lain. Isu-isu yang di ketengahkan is something yang berat and memang ada terjadi, tetapi diolahkan dengan bijaksana. I dah baca this novel years ago tapi I still terkejut semasa I baca semalam. I lupa kat certain revelations, sebab memang ianya sesuatu yang unpredictable.

Cinta Tak Beralih menceritakan kisah cinta yang timbul secara sudden di antara Larra Kirana dan Shaqril Hafizi. Setelah selama berbulan-bulan mereka berebut parking kereta, akhirnya mereka bertegur sapa -- gara-gara kekalutan Shaq menyebabkan bajunya bermandikan air coffee (I think...). Kejadian yang membuahkan perasaan indah di dalam hati mereka. Malangnya, Shaq sudah terlanjur melafazkan janji kepada ibunya yang ingin melihat anaknya mendirikan rumahtangga.

I tak suka dengan cerita cinta tiga segi. Paling-paling I avoid when I shop for novels. Tetapi, sejak membaca novel pertama Kak Hezzy, memang I dah set dalam kepala yang I akan beli novel dia selepas tu. Semasa membeli novel ne, I don't think I realised the fact that this novel contains love triangle. Shaq realised that he had fallen in love with Larra selepas dia dah bertunang dengan Balqis. The love triangle in this story, I say tak terlalu triangle la sebab hakikatnya, Shaq only loved one woman and he tried hard to love the other.

I suka sangat dengan watak Shaq... Not a typical hero type sebab dia ne ada ciri-ciri seperti Haji Bakhil from Labu Labi. Dia ne, as described, handsome jugak and jenis yang sayang kereta (Kak Hezzy ne memang hantu kereta!). Shaq rather terima Balqis daripada menerima Larra yang obviously sudah menyatakan rasa yang sama towards him, and it shows that dia ne seorang yang unselfish. Kalau dia pentingkan diri sendiri, tentu dia akan pilih Larra, but he (being as calculative as he was) took other people's feelings into his account; dia fikirkan perasaan parent dia dan juga parents Balqis. Maruah mereka akan tercemar kalau dia "menarik diri" disaat-saat akhir. I like that dia ne bertanggung-jawab jenisnya.

Larra merupakan seorang perempuan yang open-minded, very friendly and had a sempoi sense of humor. At the same time, dia ne jenis yang business-minded and berpendirian tetap.

Hubungan Larra dan Shaq ne memang unique. Pertemuan pertama tu sudah menampakkan keserasian mereka; usik-mengusik di antara mereka memang mencuit hati. I like that Larra joked about Shaq being kedekut and all. Selepas Shaq sudah menjadi tunangan orang, I rasa a bit meluat juga sebab dia masih flirted dengan Larra and sengaja tak mau memperbesarkan the fact that dia baru aje bertunang sehingga kedua-dua mereka ne saling TERjatuh cinta. Selepas Shaq bergelar suami orang, kedua-dua insan ini trying so hard to get on with their own lives, tetapi perasaan mereka towards one another still solid. For some reason, I don't see Shaq berlaku curang... I don't know. Mungkin dalam kepala dah tersemat yang these two are made for each other, sebab tu I tak nampak kecurangan tu... and the fact that Balqis tak menampakkan ciri-ciri seorang isteri tu didn't make it any better.

I pernah cakap kat Kak Hezzy yang I tak suka that Shaq sempat kahwin dengan Balqis... but that was 3 years ago. Masih tak beberapa nak observe the goods and bads of certain decisions made. Now, I actually faham kenapa perlunya perkahwinan ini. Dari segi penceritaan, penulis cuba lari dari story yang typically happened in Malay novels... and I think it is brilliant. Selalunya, perkahwinan secara terpaksa ne, in the end, akan berakhir dengan kebahagiaan.... but that is not the case here. Perkahwinan ne also shows the characteristics of those yang involved, especially Shaq.

Berkenaan dengan Balqis. Inilah yang I tak expect... I didn't expect the reveal dulu, and now pun I masih terkejut dengan the reveal. Something yang normal these days, and yet menjelikkan. I memang anti sangat perhubungan kaum sejenis ne. Timbul rasa funny semasa membaca part ne sebab I knew that Balqis curang, tetapi I lupa dengan siapa and di kepala, I terbayang Balqis dengan lelaki. Semasa Shaq put aside "Kasut Balqis" tu pun I masih belum terklik... Very unusual.

At last, but not the least, I suka dengan persahabatan Razlan dengan Larra. Side story berkenaan dengan Razlan ne is probably one of the sweetest story ever written. Perkahwinannya dengan Aishah, hasil usaha orang tua mereka, bertahan bertahun-tahun lamanya. These two were obviously lovey dovey and I like that. I like Aishah's character very, very much! I don't like that Kak Hezzy killed her. WHY?!!! Yeah, I know... Kak Hezzy nak create conflicts lagi... but still, I still sedih with apa yang menimpa Aishah.

The ending was a bit rushed, however, it did not look ambiguous. Suspense kepada sesiapa yang jarang nak nampak dengan jelas apa yang penulis gambarkan. For me, dari awal memang dah tau suspense tu. haa!

Style penulisan Kak Hezzy sentiasa di tahap yang very high. Unlike some penulis, penulisan Kak Hezzy Azra is very professional, and penggunaan ayat dan bahasa yang kemas and perfect. Bahasa Inggeris pun, seperti biasa, superb. Plotnya menarik and setiap babak ditulis bukan hanya sekadar untuk memenuhi muka surat dan menebalkan buku.

On a small note, I love penampilan khas Ahmad Fariq from Melodi Kasih... and the small mention of tunangnya yang genit tu... Novel seterusnya, jadi Uncle Fariq and Auntie Zaha pulak ye. *hint*

All in all, this novel is a MUST read!


Synopsis:

BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews