Saat Hilang Cintamu by Acik Lana
My rating: 4 of 5 stars
Another novel by Acik Lana and I read this shortly after I read "Akadku yang Terakhir"... I gotta say, I like this better.
Dari segi characters dan jalan cerita, somehow, I felt like ada Korean-typical type... I don't really watch Korean drama, tapi the last Korean drama yang I watched was about a group of guys in a popular band, and this girl acted jadi boy. I don't really remember the story tapi I feel the same vibe when I read this novel.
Saat Hilang Cintamu mengisahkan tentang seorang lelaki yang sangat-sangat popular yang terjatuh cinta pada jirannya yang, apparently, didn't even know her neighbour was a famous singer.
Dayyan Idraqi's character ne somewhat macam copy daripada watak yang sering ada pada pelakon Korea. The very few drama yang I watched always ada hero yang sama watak. They're very cold at first sebab nak nampak cool, then bila dah jatuh cinta, he became a very sweet and attentive partner. Though, I like his character after dia ditimpa kemalangan. Typically, kalau seseorang watak yang ditimpa kemalangan hingga jadi "kurang sempurna", they tend to be a grumpy and very sensitive character (and insensitive about other people's feelings). I love what author did with Raqy's character in that situation. I suka dia masih layan isteri dia dengan baik, walaupun he tried to "decide" something di belakang wife dia...
I really like watak Izzara Helina. Tapi I kinda forgot macam mana her character at the beginning. I've read this novel like a month ago... just have the time to write this review. However, I do remember her after dia dah kahwin. I love it when watak perempuan being very loyal to her husband and that's how her character is.
I like this novel sebab terlalu banyak sweetness yang ada. However, with all the gula, I do think that one of the plots tu happened kinda sudden. Like the reveal of Zarra's family yang dia tak tahu wujud...
One major goosebumps I felt semasa membaca novel ne was when I read the proposal. Totally not original and I feel like keluar dari alam pembacaan and masuk ke dalam video online yang I pernah watched ne. Serious I didn't like this part.
Other than those two things, I think everything was kinda perfect. Flow cerita and characters' development are decent and smooth. My favourite moment was when Raqy surprise wife dia masa show amal. Read this part so many times and cried every time! I really like when Zarra and Raqy being very sweet in public, pretending or not.
Despite the negative parts, I seriously love this novel and very much recommended!
Sinopsis:
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!
“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.
Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.
Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.
Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment