Monday, May 6, 2013

Semerah Red Velvet by Hezzy Azra

Semerah Red VelvetSemerah Red Velvet by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Jalan cerita yang agak simple dari salah seorang penulis kegemaran aku. Gaya penulisan Hezzy Azra tidak pernah mengecewakan dan penggunaan Bahasa Inggeris yang superb.

Dari segi plot cerita, I think this time, Kak Hezzy membawa isu yang tak beberapa berat tetapi masih memberi message kepada pembaca, especially yang sudah mendirikan rumahtangga.

Semerah Red Velvet menceritakan pertemuan singkat diantara Raina dan Emir yang membuahkan perasaan halus sesama mereka; hubungan yang berakhir dengan satu ikatan yang suci...

A highly recommeded novel... :)

ETA: Semasa membaca novel ne, part Raina menghantar cuppies kat "Ari" tu made me think sejenak when Kak Hezzy mentioned Ku Ril dan EJ. Then she ada mentioned Zaha... Semasa membaca, memang I ada feeling deja vu that I've come across those name before. I ada baca sinopsis belakang novels Kak Hezzy yang sebelum ne tapi I didn't see any Ku Ril and EJ. LOL.

I'm currently re-reading Melodi Kasih. Apparently, Emir is the cousin of EJ from Melodi Kasih. Patut la ada feeling macam pernah nampak tu. Hehehe. Kak Hezzy create her own world there with all her characters wondering around. I like...

Simopsis novel:

Saat Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir makin terpaut. Sedangkan antara mereka bagai langit dan bumi. Namun, Cinta Yang Maha Kuasa telah mengatasinya sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin menggunung. Kisah lama kembali diungkit dan hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan pilihan terbaik buat mereka?




View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews