Biarkan YM Terus Berbicara by Hanni Ramsul
My rating: 5 of 5 stars
Biarlah YM Terus Berbicara menceritakan kesinambungan kisah kehidupan Ugly Betty dan Prince Charming. Walaupun sudah mendirikan rumahtangga, kedua-duanya masih menggunakan YM untuk berkomunikasi. Very cute.
Percubaan yang superb daripada Hanni Ramsul. I don't really like series yang menceritakan kisah hidup pasangan setelah mendapat "happy ending" tapi, if you read Biarlay YM Berbicara, endingnya bukanlah suatu penghujung yang sangat memuaskan hati (acceptable though)... Banyak yang I think tergantung and too sudden, from my way of thinking, especially part Kamal dengan Mia. Also, the fact that this novel is focusing more on being romantic comedy than drama made it a favorable series...
Novel BYMTB telah menamatkan percintaan rollercoaster diantara Mia dan Kamal; si Kamal ne memang slow... macam nak diketuk-ketuk kepala batunya tu. I like the transition of Tiya and Mia's relationship from the beginning till the end. Very nice twist, really.
Style penulisan yang mudah difahami... dan sebagai pembaca yang not really into first person POV, alhamdulillah, Hanni Ramsul could still capture my interest with her unique sense of humor and description.
Watak Tiya yang sempoi, lurus, blunt dan not so romantic tu sering mencuit hati... and Encik Firdaus yang still suka usik Tiya selalu membuat I as a reader tak kering gusi, especially part dia jadi sensitif and very peculiar...
Also, I very much like the fact that HR membawa masuk watak-watak utamanya from novelnya "Pergilah Air Mata", Badrul dan Sabrina, ke dalam dunia novel YM. It always excites me when readers brought back her much loved characters from previous novel. :)
With that, I say this novel is a MUST READ and I seriously recommend it!
Sinopsis:
Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.
Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.
Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.
“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment