Wednesday, May 15, 2013

Kampung Girl by Umi Kalsom

KAMPUNG GIRLKAMPUNG GIRL by Umi Kalsom
My rating: 4 of 5 stars

Novel ini merupakan novel pertama daripada Umi kalsom yang aku baca and I think this is her first novel, probably her only novel. Correct me if I'm wrong sebab malas nak google.

I really enjoyed reading this!

The main reason why I'm attracted to this book -- because I heard the drama adaptation of this novel is about to be aired. Tak tahu bila, tapi memang dah ada gambar yang di spread online. From the back cover, sinopsis pun not bad. I memang suka bab kahwin terpaksa ne.

Kisahnya bermula apabila Puan Mazlin memaksa Ashraf untuk mengahwini calon pilihannya, Ainnur yang juga merupakan sepupunya -- sepupu yang memang dibenci sebab Ainnur tu budak kampung. I really don't get why dia benci sangat dengan Ainnur... macam tak logik dia benci hanya kerana Ainnur tu budak kampung. I guess EGO lelaki ne memang tahap yang Nauzubillah -- yalah, kalau dah dari kecil dia hanya tau mengejek sepupunya ne, takkan nak dijilat balik apa yang sudah diludahkan.

Lain pulak ceritanya dengan si Ainnur. Sejak kecil, dia memang suka dengan si Ashraf. So dia memang terima dengan hati yang berbunga-bunga la plan Mummy si Ashraf untuk menjodohkan mereka.

Dari perwatakan Ashraf, I can see that he's really not such a bad guy... Cuma when it comes to Kampung Girl ne, dia jadi stress and gila. Aku suka part when semua ahli keluarganya menyokong Ainnur -- Mummy, daddy, abang Adamnya and kaka iparnya. Termasuk juga anak buahnya Aiman... then part hati dia yang berpaling tadah tu, HILARIOUS.

Part yang very funny ialah semasa Ashraf meminta tolong dengan Anissa untuk menyamar sebagai girlfriendnya tetapi terkantoi sebab Anissa merupakan best friend Ainnur. Brilliant I tell you! I didn't see that coming.

Bab Faisal and Ain Airina tu menjadikan this story some sort of cinta empat segi. Si Faisal suka Ainnur, Ainnur suka Ashraf, Ashraf suka Ain Airina, Ain Airina suka Faisal... And then, in the end, situasi dua couples ini serupa. Perempuan got who they want and the guys learn to love their other half.

I like how the author highlights the title of the book. Dari satu gelaran yang bertujuan untuk mengejek then end up being some sort of term of endearing. :)

Style penulisan yang okay. Cuma I tak berapa suka penulis menggunakan more than one perenggan untuk dialog orang yang sama. Kacau, in my way of thinking.

Bahasa Inggeris in this novel is okay. I'm not sure I like the way Ainnur selalu menggunakan formal way of talking sebab macam mouthful... ada wrong tense and error here and there tapi not really big deal. It still made me laugh though...

Much recommended. Tak menyesal beli.


Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews