Monday, May 20, 2013

Melodi Kasih by Hezzy Azra

Melodi KasihMelodi Kasih by Hezzy Azra
My rating: 5 of 5 stars

Melodi Kasih merupakan novel sulung Hezzy Azra; novel yang menarik saya menjadi salah seorang fans Kak Hezzy Azra! Dalam novel saya tu, ada I buat date I signed the book which I always do semasa I baru beli sesebuah novel and apparently, first time I baca novel tu was like 5 years ago. Dalam masa 5 tahun, I guess I have re-read the novel banyak kali since I memang suka re-read novels yang I minat and this novel is one of them.

Melodi Kasih mengisahkan tentang perjalanan hidup yang ditempuh oleh Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah. Tiga bestfriends yang mempunyai characters yang agak berbeza... Zahara seorang yang berdikari, Edrina seorang anak manja. Manakala, Iman seorang yang conservative. Tetapi ketiga-tiga sahabat ini serasi bila bersama.

Di awal cerita, Zahara Inas merupakan seorang setiausaha yang sudah serik bercinta setelah ditinggalkan oleh kekasihnya of 7 years dan dia sahaja yang stay single di antara ketiga-tiga BFF ne. Edrina pulak telah berkahwin dengan pilihan familinya. Taj, setelah berkali-kali kecewa dalam cinta dan Iman pula telah mendirikan rumah-tangga bersama pilihannya sendiri, Huzir dan telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Firstly cerita pasal Zahara Inas. "Perlumbaan" di antara kereta Landrover Freelander dan Mitsubishi Airtrek telah menemukan Zahara Inas dengan Ahmad Fariq... dan selepas itu, ada few incidents yang menemukan kedua-dua insan yang pernah kecewa ne. Yang lawak bila Fariq sengaja tidak menanggalkan kaca mata hitamnya sebab he wanted to "stare" at her yang disangkanya sudah bersuami. hehehe. I really like the interactions between these two... I like that Zahara pada mulanya jual mahal dan I like that kemahalannya sering memalukan dirinya sendiri.

Then cerita Edrina dengan Taj... I suka pada watak Edrina tetapi menyampah sangat dengan watak Taj. I can imagine Edrina being the most beautiful one among these three bestfriend since dia ne merupakan bekas model. I really like the development yang Kak Hezzy create with these two characters. Watak yang mempunyai latar belakang seperti Edrina's sering saja dijadikan sebagai seorang yang lemah and sering dianggap seperti "airhead". However, I do like that dalam masa Edrina cuba untuk menjadi isteri yang baik, she also doesn't see things from one perspective. Pada mulanya, she seems to just accept "alasan" suaminya tetapi apabila dia sendiri yang "turun padang" she confronts him about the problem.

Kisah cinta Iman dan Huzir merupakan kisah cinta favorite I dalam novel ne. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang sangat serasi and saling faham memahami. I guess when the husband tidak mempunyai ego yang sangat high and try to be understanding, ianya akan lebih membahagiakan pasangan. Sweet, sweet couple! I like!

Also, my favorite part dalam novel ne ialah the ending... sebab apa? Sebab surprise Fariq for Zahara. Sebab Iman dan Huzir menjadi semakin happy dan paling-paling I suka.... Sebab Edrina bertemu cinta dengan Tengku Azril, yang juga merupakan sahabat baik Fariq. I saw this coming semasa Edrina bertemu dengan Tengku Aidan dan Tengku Alisya semasa di Makkah. I tak suka pada penceraian when it comes to perkahwinan tetapi kalau ada suami macam si Taj tu, I don't mind la. Lagi I suka when si janda cantik ne bertaut dengan duda hensem... hehehe

Also, I like the fact that characters di dalam novel ne, lebih-lebih lagi the main female character, bukan seperti watak perempuan yang typically ada pada cerita Melayu dan it looks very real. :)

Kalau dari segi penulisan, Melodi Kasih nampak sedikit "kurang" jika nak dibandingkan dengan novel Kak Hezzy selepasnya sebab I can see style penulisan kak Hezzy semakin matang. However, "kekurangan" tu bukanlah merupakan suatu kritikan, bahkan ianya merupakan suatu yang positive sebab in my way of thinking, when I read this after reading Aku Pilih Dia, which I read sebelum ini, I can see that Melodi Kasih seems to have more plot tetapi penulisannya belum beberapa gah but still more satisfying when I compare to penulis-penulis baru nowadays.

Antara kesemua novel Kak Hezzy, I think Melodi Kasih yang mempunyai characters yang ramai. I applaud Kak Hezzy for creating all these characters and pandai mengaitkan from one characters to another dengan brilliantnya. Jalan cerita pun excellent!



*Whisper* I want a story of Tengku Aidan please... :P


Sinopsis:

Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna-warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.

Zahara yang pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?

Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.

Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga-bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?

Ahh... Sukarnya mengungkapkan kata cinta. Tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan-insan ini berhadapan dengan kemelut cinta masing-masing? Dalam benci, ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan?


View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews