Bukan Kerana Aku Tak Cinta by E-Man Sufi
My rating: 5 of 5 stars
Novel ini merupakan kesinambungan novel E-Man Sufi yang sebelumnya, Hikayat Cinta Si Pematah Hati. This time, heroine merupakan adik kepada Hannah Maryam (heroine novel Suami yang Kubenci).
Sekali lagi, E-Man Sufi membawa kita semua ke dunia yang sama seperti sebelumnya. Kesemua watak yang ada di dalam novel pertama and kedua ada diselitkan di dalam novel ini. I like that very much.
First of, I really applaud E-Man Sufi kerana bijak mencipta siri ini. I really feel connected with all her characters. Penulisannya pun tidak pernah mengecewakan aku. I think it always get better.
Kisah cinta Mastura dan Jebat -- what I described as unique. Pertemuan pertama di antara mereka sangat lucu.
I like watak Mastura, eventhough she seems to be one of those girls yang selalu make me annoyed. "Oh My Allah" -- mula-mula memang pelik when I read that part. Expression macam ne sering digunakan oleh lelaki-lelaki lembut... when bestfriend si Mastura ne kena introduce, hah, I can see what kind of girl si Mastura ne (in real life, I don't think I would spend time with this kind... kinda annoying)... and I guess that's why she's persistent with what she wants.
Jebat -- wow! Very cool. I can imagine him very well. Tutup mata, I imagine watak Aaron Aziz dalam KL Gangster. Aku suka cara Jebat membahasakan dirinya "aku" instead of the typical "abang". Really like the transistion of this character, daripada seorang gangster menjadi kepada seorang yang alim dan takut untuk mengulangi kesilapan lalu.
Macam penulisan E-Man Sufi, Uwais pun nampak semakin matang. Penulis seperti "menggunakan" Uwais untuk memberi pengajaran kepada pembaca... macam ustaz saja lagaknya. He was there to make everything better.
I also like watak kanak-kanak dalam novel ne, especially part di mana si anak membocorkan rahsia bilik tidur si mama yang cemburu. :P
Pada mulanya, aku tak berapa suka Makcik Sarimah, tapi after novel kedua, I really grew accustom with her character. I used to think E-Man Sufi portrays her sebagai seorang yang kasar and I don't like that. Macam exaggerate. After mengikuti kisah ketiga-tiga pasangan ne, I really thought siri ne takkan berseri kalau takde Makcik Sari. Semua orang takut dengan dia ne. And aku paling suka when she sings. hehehe
Tak suka watak Aryan.
I like the plot and how it thickens. The first part basically tells us story about the hero and heroine and their background, then baru ke part yang a bit deep and also the continuous backstory are very well placed.
Very much recommended. If E-Man Sufi decides to continue this series, I will definitely beli. Putera lagi ya. ;)
Sinopsis:
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
View all my reviews
0 comments:
Post a Comment