Monday, May 13, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati by E-Man Sufi

Hikayat Cinta Si Pematah HatiHikayat Cinta Si Pematah Hati by E-Man Sufi
My rating: 5 of 5 stars

Hikayat Cinta Si Pematah Hati merupakan kesinambungan novel "Suami yang Kubenci". Novel kedua hasil tulisan E-Man Sufi jelas menampakkan kematangan penulis. I think novel kedua ini lebih professional berbanding novel yang sebelumnya. Penulisan lebih kemas and less santai tetapi not too complicated.

Semasa membaca novel English, mostly penulis suka mencipta dunia fantasi mereka sendiri where the characters from their books are related. Series macam ni memang I like. For one thing, ending bagi pasangan bahagia di novel pertama stays happy even if there are some conflicts menganggu kebahagian itu. At least, not too dramatic macam kesinambungan cerita Ombak Rindu.

Anyways. I like the title. Very catchy. Kinda classic...

Novel ini mengisahkan percintaan antara Rayyan dan Wafeen. Wafeen merupakan sepupu kepada Uwais, watak utama "Suami yang Kubenci"... Rayyan pulak adalah salah seorang daripada kawan baik Uwais.

I don't really like lelaki yang steal "milik" orang lain, tapi kalau orang tu macam si Daniel, I really don't mind. Plus, backstory antara budak lelaki yang selamatkan budak perempuan tu makes everything better. Kiranya si Wafeen jatuh cinta pada si Pematah Hati terlebih dahulu la, so technically, he's not stealing her. :) Also, I do like the fact that he likes her before he knew who she was with masa tu.

I also like watak Wafeen. Gadis yang berasal dari keluarga yang kaya tetapi very low profile.

I also like persahabatan di antara Rayyan dengan Zarynn; I especially like the backstory between these two. I can see how they became very close and stay platonic. Very sad though about the end part...

Jalan cerita yang not too berat, not too dramatic and very funny. I really like the fact that si Uwais ada dalam novel ne and merupakan kawan baik si Pematah Hati.

Seriously recommended. Tak menyesal beli. :)

Sinopsis:

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”

“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”

“Apa makna…”

“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”


View all my reviews

2 comments:

Lela Berduka said...

hampir2 x fhm komen anda... sbb dah terlampau sgt ADUN bahasa... cuma part yg last je paham... x menyesal beli... maaf ya kalau terasa

KrazyKikiKiAriHMS said...

Takpe... memang I suka guna dua bahasa ne. I taip mengikut rasa I je... Lagipun, dalam novel pun ada menggunakan bahasa Inggeris dalam dialog (sometimes di luar dialog). I tak tulis untuk dicetak, and blog ne pun macam "diari" I, so terpulang I la nak gunakan bahasa apa. I post pun sebab I suka nak buat review, Tak faham review I, ada banyak lagi review yang mungkin menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Agaknya, kalau I taip dalam bahasa ibunda I (Melayu Brunei), lagi orang tak faham kot... Tapi I hairan, kenapa nak comment kalau tak faham?

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews